Kediaman Mewah Di Lembah Klang Hanya Bermula Dengan RM 538,888


Kediaman Mewah Di Lembah Klang Hanya Bermula Dengan RM 538,888 | Di dalam situasi ekonomi yang tidak menentu , masih adakah yang mahu memiliki rumah mewah terutamanya di Lembah Klang ? Bagi golongan yang berharta , sudah tentu keadaan ekonimi sekarang tidak memberi impak yang besar kepada mereka untuk memiliki sebuah rumah mewah .


 Kediaman Mewah Di Lembah Klang Hanya Bermula Dengan RM 538,888

Kediaman Mewah Di Lembah Klang Hanya Bermula Dengan RM 538,888


Pasaran hartanah hari ini mengambil kira kesemua ciri seperti lokasi , harga , saiz unit dan rekabentuk , kemudahan dan ciri - ciri keselamatan sebelum menawarkan kepada para pembeli . 

Kajian yan dilakukan oleh Institut Penyelidikan Khazanah (KRI) mendapati purata harga rumah di Malaysia adalah lebih daripada empat kali pendapatan keseluruhan penduduknya , menjadikan ianya " sangat mahal". Kuala Lumpur terutamanya telah dijenamakan sebagai "sangat mahal" dengan harga rumah 5.4 kali lebih tinggi daripada pendapatan keseluruhan penduduk ibu kota.

Sehingga suku ketiga 2015, harga purata rumah di Kuala Lumpur ialah RM 718.755. Sebaliknya, Perlis didapati mempunyai harga yang paling murah, iaitu pada harga rumah purata RM156,324.

Atas sebab itu , pasaran hartanah 2016 membantu pembeli ke arah yang lebih positif untuk memiliki rumah dengan harga yang mampu milik berdasarkan gaji mereka .

Oleh kerana lebihan bekalan dalam hartanah, 2016 dijangka menjadi pasaran pembeli. Pakar-pakar industri meramalkan sektor "flat" hartanah Malaysia tahun ini akan menyebabkan harga pasaran bermanfaat untuk mereka yang ingin membeli dan menyewa rumah. Menurut Laporan Hartanah PropertyGuru’s Property Outlook Report 2016, adalah munasabah untuk menjangkakan tawaran harta yang baik sebagai satu cara untuk menarik pembeli.

Kepada anda yang mengidamkan kediaman mewah pada harga yang mampu milik , anda masih ada peluang untuk memiliki Kediaman Mewah Di Lembah Klang Hanya Bermula Dengan RM 538,888 pada tahun 2016 ini .




3 Responses to "Kediaman Mewah Di Lembah Klang Hanya Bermula Dengan RM 538,888"

  1. Makin meningkat harga tu, untung ada properti di Lembah Klang ni..InshaAllah.

    ReplyDelete
  2. tak mampu nak memilikinya, hanya mampu tengok sajalah kediaman mewah ni

    ReplyDelete
  3. Wahh... kalau diikutkan lokasi tu mmg masih murah harganya... klu kat kl ni nak dapat rumah mewah sekitar 500k bukan mudah... thanks sharing CM... :)

    ReplyDelete

TERIMA KASIH SUDI KOMEN ... INSHAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA ...