Assalamualaikum ...
Menyembah Selain Allah | Bismillah . Sebelum kedatangan Islam ke muka bumi ini , manusia hidup dalam kesesatan dan kejahilan . Mereka menyembah pelbagai objek yang mereka akui sebagai tuhan yang terdiri daripada berhala - berhala yang diperbuat daripada batu - batu atau logam . Sesetengahnya pula menyembah api , matahari , bulan , bintang - bintang dan seumpamanya . Justeru Allah s.w.t. telah mengeluarkan mereka dari belenggu itu melalui sinaran nur Islam .
Firman Allah yang bermaksud :
Firman Allah yang bermaksud :
" ADAKAH benda - benda dari bumi yang mereka jadikan tuhan - tuhan itu dapat menghidupkan semula sesuatu yang mati ? "( Surah al - Anbiyaa' : 21 )
Menyembah Selain Allah
Sesungguhnya tiada tuhan yang disembah melainkan Allah s.w.t. sahaja . Manakala Nabi Muhammad s.a.w. itu telah diutuskan kepada mereka dan Al - Quran telah diturunkan untuk tujuan itu .
Walau bagaimanapun , ramai dikalangan orang kafir ini ingkar dan menafikan keesaan Allah s.w.t. . Mereka menyembah selain Allah . Mereka masih lagi berpegang dengan ajaran daripada kepercayaan yang dibawa oleh nenek moyang mereka . Bahkan makhluk yang mereka anggap sebagai tuhan itu adalah ciptaan Allah s.w.t. dan tidak mempunyai sebarang kuasa . Tuhan - tuhan mereka itu hanya terdiam kaku tanpa dapat berbuat apa - apa . Apatah lagi untuk menghidupkan makhluk - makhluk yang telah mati .
Dilarang Melakukan Perbuatan Syirik
Sebagai umat Islam zaman kini , kita masih berpegang dan mengakui keesaan Allah s.w.t. Hanya Allah s.w.t. yang kita sembah dan kita minta pertolongan . Kita dilarang melakukan perbuatan syirik yang akan mengancam akidah dan keimanan kita .
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia ( JAKIM )
~ Sumber Informasi ~
Alhamdulillah perkongsian yang sangat indaj CM :)
ReplyDeleteMoga kita dijauhi syirik...
ReplyDeleteSemoga dijauhkan..
ReplyDeleteMoga sentiasa dilindungi dari segala perbuatan syirik
ReplyDeleteSemoga kita semua sentiasa dilindungi dan dijauhkan dari segala perbuatan yg mensyirikkan diri dan tersimpang dari tuntutan Allah swt... aamiin ya Rabb...
ReplyDelete