Sampaikan Kebenaran Islam


Assalamualaikum ...


Sampaikan Kebenaran Islam | Bismillah . Allah s.w.t. telah menyeru Rasulullah s.a.w. dan memerintah beliau menyampaikan kebenaran atas segala apa yang diturunkan Allah s.w.t. kepada Baginda tanpa menyembunyikannya . Dengan lain perkataan , Allah s.w.t. menyuruh Baginda menyampaikan wahyu dan ajaran dengan bersikap tegas dan bersungguh - sungguh kepada manusia .


Sampaikan Kebenaran Islam


Firman Allah yang bermaksud :

" WAHAI Rasul , sampaikanlah segala apa yang diturunkan kepadamu dari Tuhanmu itu dan jika engkau tidak melakukannya , maka bermakna engkau tidak menyampaikan perutusan-Nya dan Allah sentiasa melindungi engkau dari ( kejahatan ) manusia . Sesungguhnya Allah tidak memberi hidayat kepada kaum yang kafir . "
( Surah al - Maidah : 67 )

Sampaikan Kebenaran 


Ajaran Islam sama ada berbentuk akidah mesti dinyatakan kepada manusia sungguhpun orang tidak mahu menerimanya atau bersikap benci kepadanya . 

Kebenaran mesti disampaikan dengan apa jua cara yang paling baik . Sama ada orang terima atau tidak itu bukanlah urusan penyampai . 

Ia merupakan satu mesej kepada Nabi Muhammad s.a.w. ketika berdepan dengan ahli kitab dan puak Yahudi supaya bersikap berani dan tegas , istiqamah dan bersungguh - sungguh menyempurnakan tanggungjawab menyampaikan kebenaran Islam kepada mereka . Nabi Muhammad s.a.w. diperintah menyatakan kekufuran orang - orang Yahudi , kepalsuan pegangan dan ideologi mereka .

Berdepan dengan golongan yang tidak suka kepada kebenaran mestilah dihadapkan dengan tegas dan berani , konsisten dan istiqamah . Janganlah kerana ingin meraikan suasana dan realiti semasa , kita berdolak dalik untuk menyatakan kebenaran .

Menyampaikan dakwah Tugas Mulia


Tugas mulia yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w. mestilah dipikul oleh generasi berikutnya dalam menyampaikan dakwah dan seruan kebenaran .

Untuk berjaya dalam urusan berdakwah , janganlah kita berdolak dalik atau berpura - pura dan bersikap sambil lewa kerana sikap sedemikian tidak memberi apa - apa manfaat .

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia ( JAKIM )






3 Responses to "Sampaikan Kebenaran Islam"

  1. CT tak setuju satu konsep.. benda2 yang main forward saja thru whatsapp..
    kebenaran kena tahu juga walaupun nampak macam perkara agama.. tak semua betul..
    kalau ada orang berniat jahat nak sebarkan kesesatan macam mana..

    kadang2 bila ada kawan sebar n ada yang tegur eeeh ni salah..
    senang je jawab 'aku forward je..' bayangkan.. kalau yang main forward tu x usul periksa..
    orang yang baca percaya.. berapa jiwa dah rosak ? nauzubillah..

    biarlah CT tak jadi orang yang forward benda2 agama asalkan tak terforward benda yang salah.. pahala dahla ciput tupun kalau ada.. hihi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup mummy setuju., ada sesetengah tu pakai forward je.. buatnya idak.,

      Dan paling tak sedap bila yang diforwardkan tu adalah tidak benar sama sekali, tu kan dh jatuh fitnah.. huhuhu

      Delete
  2. walaupon kadang2 kebenaran itu pahit...tapi yg benar tetap benar.....jgn pulak dimanipulasikan yg palsu sehingga org lain percaya bahawa itu benar....

    ReplyDelete

TERIMA KASIH SUDI KOMEN ... INSHAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA ...