Perkara Yang Dilarang Bila Berada Di Kubur | Kubur , walaupun sekadar tempat yang sepi , tempat pengebumian orang yang dah meninggal dunia , orang yang tidak dapat melihat dan mengetahui apa yang berlaku di dunia , tempat persemadian itu perlu juga dihormati .
Perkara Yang Dilarang Bila Berada Di Kubur
Banyak perkara terlarang yang dilakukan oleh masyarakat kita berkaitan dengan kubur antaranya:
1. Membuat Bangunan Di Atas Kubur
Imam Syaukani mengatakan: ” Antara larangan meninggikan kubur adalah termasuk membangun kubah-kubah dan makam-makam (cungkup-cungkup) yang dibangunkan diatas kubur. Juga termasuk menjadikan kubur sebagai masjid, padahal Rasulullah s.a.w telah melaknat orang-orang yang berbuat demikian. Antara lain kepercayaan mereka yang menyangka bahawa kubur-kubur itu mampu mendatangkan manfaat dan menolak bahaya lalu mereka menjadikannya sasaran untuk meminta terkabulnya hajat dan tempat bersandar untuk berhasilnya suatu cita-cita. Dan mereka meminta dari kubur apa yang semestinya diminta oleh seorang hamba dari Tuhannya, dengan mengusap-ngusap kubur dan memohon perlindungan daripadanya seperti perbuatan yang dilakukan oleh orang-orang zaman jahiliah.
2. Menembok Kubur Dan Membuat Tulisan-Tulisan
Berdasarkan hadis Jabir yang diriwayatkan oleh Tirmizi, dilarang menembok kubur dan membuat tulisan-tulisan di atasnya. Hendaknya kuburan seorang muslim itu dibuat sederhana dan janganlah berbangga-bangga dan bermegah-megah dengan kubur dan jangan membuat tembok, memagarinya dengan pagar besi yang mahal, menulisnya dengan dakwat emas, mengukir dan sebagainya.
3. Menjadikan Kubur Sebagai Tempat Solat
Perhatikan hadis dari Jundub, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:
” Ingat! Sesungguhnya orang-orang yang sebelum kamu dahulu menjadikan kubur nabi-nabi dan orang-orang soleh mereka seperti masjid. Ingat! Sebab itu janganlah kamu menjadikan kuburan seperti masjid. Sesungguhnya aku melarang kamu berbuat demikian.” (Riwayat Muslim)
Pada hadis lainya dari Abu Martsad Al-Ghanawi: ” Jangan kamu duduk di atas kubur dan jangan kamu solat mengadap kepadanya.”
4. Berjalan di Sela-sela Kubur Memakai Alas Kaki
Mengenai larangan berjalan disela-sela kubur dengan memakai alas kaki dijelaskan dalam hadis dari Basyir Al-Khashashiah, mengatakan:
Bahawa Rasulullah s.a.w. melihat seorang lelaki berjalan dengan memakai terompah disela-sela kubur, maka baginda bersabda:
”Wahai pemakai terompah, tanggalkanlah terompahmu itu . " (Riwayat Al-Khamsah kecuali Tirmizi)
Menurut riwayat, orang itu melihat Rasulullah s.a.w dan ketika diketahuinya.dia melepaskan terompah dan mencampakkannya.
Berdasarkan hadis tersebut di atas,dilarang duduk di atas kubur. Dan juga dilarang berjalan di sela-sela kubur dengan memakai alas kaki. Ini dianggap sebagai adab untuk menghormati penghuni kubur. Kecuali jika ditakuti banyak duri atau sesuatu yang mungkin membahayakan kaki, maka dalam keadaan demikian dibenarkan memakai alas kaki.
5. Meletakkan Karangan Bunga Atau Seumpamanya
Meletakkan karangan bunga , bunga rampai dan sebagainya di atas kuburan tidak disyariatkan di dalam Islam. Tidak ada nasnya dari Rasulullah s.a.w dan tidak pernah diperbuat oleh sahabat. Perbuatan yang demikian bertentangan dengan ajaran islam, sebab dapat digolongkan kepda pembaziran. Firman Allah bermaksud:
”Dan janganlah kamu menghamburkan-hamburkan harta mu secara boros. Sesungguhnya pemboros-pemboros itu adalah saudara-saudara syaitan, dan syaitan itu adalah sangat ingkar kepada Tuhannya.”(Al-Isra’ :26-27)
6. Menyembelih Binatang Di atas Kubur
Menyembelih binatang di atas kubur adalah merupakan adat jahiliah yang telah dibasmi oleh islam.
Janganlah dikalangan umat islam melakukan sembelihan di atas kubur.
Sebuah hadis dari Anas, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda bermaksud:
” Tidak ada penyembelihan (binatang di perkuburan) dalam Islam. " (Riwayat Abu Daud)
” Biasanya orang-orang jahiliah menyembelih unta di makam lelaki dermawan. Kata mereka: ” Kita membalas kebaikannya, kerana semasa hidupnya dia biasa menyembelihnya dan menyajikan kepada tetamu. Maka sekarang kita sembelih haiwan ini dimakamnya untuk menjadi makanan bagi burung-burung dan binatang buas. Dengan demikian dia tetap menyediakan makanan setelah meninggal dunia sebagaimana dia telah menyediakan makanan selama hidupnya.”
Demikianlah adat jahiliah. Dan adat ini telah dibasmikan dan dilenyapkan oleh ajaran Islam, sesuai dengan hadis tersebut di atas.
PENUTUP
Demikianlah antara adab-adab yang perlu dilakukan apabila menziarahi kubur. Namun ziarah kubur bukanlah hanya dilakukan semasa hari pengkebumian atau setiap kali menjelangnya hari raya sahaja.
Yang menjadi sunnah ialah dengan menjadikan amalan menziarahi kubur itu sebagai suatu usaha oarng yang hidup untuk mengingati oarng yang telah mati. Ia juga mengingati kita tentang kematian dan membuat persediaan dengan memperbanyakkan amal ibadat sebanyak mungkian kerana setiap yang bernyawa pasti akan mati. Hanya amal soleh mengukur darjat kita disisi Allah SWT.
Yang menjadi sunnah ialah dengan menjadikan amalan menziarahi kubur itu sebagai suatu usaha oarng yang hidup untuk mengingati oarng yang telah mati. Ia juga mengingati kita tentang kematian dan membuat persediaan dengan memperbanyakkan amal ibadat sebanyak mungkian kerana setiap yang bernyawa pasti akan mati. Hanya amal soleh mengukur darjat kita disisi Allah SWT.
Perkongsian yg sgt baik buat panduan kita semua. T kasih atas perkongsian ini CM.
ReplyDeleteGood Info cuma di sela-sela tu apa? mummy tak paham . hhehe :)
ReplyDeletecelah-celah kubur ... antara kubur dengan kubur .
DeleteBaru tau taklehh tabuq bunga atas kubur.. Noted!
ReplyDeleteKalau bangunan itu dibina tanpa tahu akan asal usul tempat tu macamana? adakah dimaafkan... cth : kubur2 lama..
ReplyDelete