Assalamualaikum ...
Sikap Orang Tak Beriman Dan Tak Bertaqwa | Bismillah . Adalah lumrah manusia apabila cemburu , iri hati serta sakit hati dengan kejayaan orang lain . Bukan setakat itu sahaja , malah kadang kala apa yang kita miliki dengan usaha titik peluh sendiri juga dicemburui . Itulah sikap orang yang tidak beriman dan tidak bertaqwa sehingga ada kalanya sanggup bergembira dengan bencana yang menimpa orang lain .
Firman Allah yang bermaksud :
" Kalau kamu beroleh kebaikan ( kemakmuran dan kemenangan ) , maka yang demikian menyakitkan hati mereka ; dan jika kamu ditimpa bencana , mereka bergembira dengannya . Dan kalau kamu sabar dan bertaqwa , ( maka ) tipu daya mereka tidak akan membahayakan kamu sedikit pun . Sesungguhnya Allah s.w.t. meliputi pengetahuan - Nya akan apa yang mereka lakuakan . "( Surah Ali - Imran : 120 )
Sikap Orang Tak Beriman Dan Tak Bertqwa
Allah s.w.t. menjelaskan tentang keadaan dan sikap orang yang tidak beriman yang terdiri daripada Yahudi , Nasrani dan munafik yang memusuhi orang - orang yang beriman . Apabila orang - orang mukmin mendapat nikmat atau kebaikan seperti kemenangan dan kekayaan maka ia akan membuatkan orang kafir sakit hati dan gelisah . Namun apabila orang - orang mukmin ditimpa bencana seperti kekalahan dan kesusahan , mereka akan berseronok dan gembira . Ini kerana mereka sentiasa iri hati dan dengki terhadap kesenangan orag mukmin dan sentiasa merancang untuk kesusahan orang mukmin .
Namun Allah s.w.t. telah memberikan penawar yang berkesan kepada orang yang beriman dengan menyelamatkan mereka daripada kejahatan musuh melalui kesabaran , ketaqwaan dan bertawakal kepada Allah s.w.t. yang berkuasa mengawasi musuh kerana semua perkara berada di bawah kehendak dan kekuasaan Allah s.w.t.
Oleh itu apabila seseorang bersabar menunaikan setiap suruhan syariat seperti solat , puasa dan sebagainya , dan bertaqwa ( takut ) daripada segala larangan Allah s.w.t. , maka segala rancangan musuh ( orang kafir ) tidak akan berjaya dan tidak akan memberi sebarang kesan kerana sabar dan taqwa merupakan syarat kejayaan mengalahkan musuh .
Kesimpulan
Musuh Islam sentiasa merancang untuk memperdayakan orang beriman agar terpesong daripada landasan agama . Mereka akan gelisah apabila orang Islam mendapat kesenangan dan bergembira apabila orang Islam ditimpa kesusahan dan bencana . Dengan itu kita perlu sentiasa bersabar dan bertaqwa untuk menghadapi musuh kerana dengan sifat tersebut , semua rancangan musuh tidak akan berjaya .
~ Sumber Informasi ~
Terima kasih diatas info ni. Mohon copy ye CM..:)
ReplyDeletemereka rs mereka dah ckp bgs pd hal di sisi Allah, mereka umpama debu yg tidak berguna
ReplyDeleteGembira dgn kesusahan org lain tu mmg tak berimanlah hhmmm
ReplyDeleteramai yg bertepuk bila Islam dalam kejatuhan...yg paling sedih...bila org islam sendiri bertepuk lagi kuat dari yg bukan islam
ReplyDelete