Unsur Maisir Dalam Insurans Adakah Patuh Syariah ?


Unsur Maisir Dalam Insurans Adakah Patuh Syariah ? | Maisir dari segi bahasa bermaksud mendapat sesuatu dengan cara yang mudah atau mendapat keuntungan tanpa berusaha mengerjakannya . Ini termasuklah apa jua aktiviti yang melibatkan pertaruhan , di mana pihak yang menang akan mengambil semua pertaruhan dan yang kalah akan hilang pertaruhan .


Unsur Maisir Dalam Insurans Adakah Patuh Syariah ?


Larangan kepada urus niaga membabitkan maisir telah dinyatakan dalam firman Allah s.w.t. yang bermaksud  : 

Wahai orang yang beriman ! Bahawa sesungguhnya arak dan judi dan pemujaan berhala dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah , adalah ( semuanya ) kotor ( keji ) dari perbuatan syaitan . Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya . "
( Surah al-Maidah : 90 )

Islam melarang umatnya terbabit dengan sebarang unsur yang tidak patuh syariah seperti unsur maisir dalam insurans . 

Unsur maisir wujud apabila kontrak jual beli yang digunakan syarikat insurans tidak memenuhi syarat dan rukun yang ditetapkan syarak iaitu pemegang polisi akan mendapat manfaat insurans hanya selepas musibah berlaku . Jika tiada sebarang musibah dan kemalangan berlaku kepada pemegang polisi , wang premium dan manfaat tidak akan diperoleh oleh pemegang polisi . 

Di sinilah berlakunya unsur maisir atau ' perjudian ' kerana harta itu hanya akan diserahkan setelah pemegang polisi ditimpa musibah . 

Kesan unsur maisir akan menyebabkan kerugian kepada salah satu pihak sama ada pemegang polisi atau syarikat insurans . 

Jika musibah tidak berlaku , maka syarikat akan mendapat kelebihan daripada wang itu . Tetapi jika berlaku musibah , syarikat insurance terpaksa membayar tuntutan yang berkemungkinan akan melebihi jumlah premium diterima . 

Contohnya , seorang pelanggan membayar RM100 sebulan dan pada bulan kelima , beliau terbabit dalam kemalangan sehingga mengalami kecederaan . Syarikat insurans akan membayar RM100,000 sebagai pampasan seperti yang telah dipersetujui pada peringkat awal . Bayangkan perkara yan sama berlaku pada pelanggan yang lain . Tentulah syarikat akan menanggung kerugian .

Sebagai penyelesaian terbaik , sekiranya anda masih mahu menggunakan wang insurans , gunakan syarikat insuran yang menyediakan dana Tabarru' seperti yang diperkenalkan oleh syarikat insurans Takaful . 

Tabung Tabarru' ini merupakan peruntukan dari ahli-ahli lain berfungsi sebagai tabung untuk membantu ahli lain yang mengalami musibah dengan konsep saling tanggung menanggung dan jamin menjamin antara satu sama lain .

Justeru , larangan terbabit dalam sebarang unsur yang tidak patuh syariah dalam transaksi muamalah adalah untuk kepentingan umat itu sendiri demi menjaga kepentingan masyarakat dan mengelak sebarang kezaliman kepada pihak yang terbabit .



4 Responses to "Unsur Maisir Dalam Insurans Adakah Patuh Syariah ?"

  1. Baru tahu mengenai unsur maisir .

    ReplyDelete
  2. InshaAllah kena berhati-hati..

    ReplyDelete
  3. Gud Info....Baru mummy tau pasal unsur Maisir ni.... Thanks na!

    ReplyDelete
  4. Good info. Tq
    Alhamdulillah...produk2 insurans yang patuh shariah telah banyak di negara kita. Jadi, pilihlah yang patuh shariah....

    ReplyDelete

TERIMA KASIH SUDI KOMEN ... INSHAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA ...