Medium Yang Dilarang Meletakkan Kalimah Allah


Assalamualaikum ...


Medium Yang Dilarang Meletakkan Kalimah Allah | Bismillah . Perkara ni nampak remeh tapi kesannya amat besar . Berdosa kepada yang membuat juga yang memilikinya sekiranya tidak menjaga atau meletakkan ditempat yang sepatutnya . Ayat al -Quran tidak boleh dicetak juga dipasang secara sembarangan . 


alt image tag


Medium Yang Dilarang Meletakkan Kalimah Allah


Antara medium yang sering digunakan dan sering kita lhat ada meletakkan kalimah Allah adalah ;



1. Print pada kad kahwin ataupun baju .


"Umat Islam disarankan supaya tidak mencetak kalimah Allah, walaupun pada kad undangan perkahwinan. Kaedah pembuka kata boleh diubah seperti meletakkan pantun yang melambangkan adat budaya orang Melayu. 
"Ia bagi mengelakkan penghinaan terhadap kalimah Allah berlaku apabila kad-kad ini dibuangkan ke dalam tong sampah atau diletakkan di tempat yang tidak sepatutnya,"
"Jika bertujuan untuk memberi pengingatan hanya memadai dengan menulis maksudnya sahaja."

2. Penggunaan deringan atau aplikasi .


"Individu yang menggunakan aplikasi ini harus lebih berhati-hati kerana kita tidak mahu alunan azan kedengaran ketika berada di dalam tandas. Jika berlaku, ia bermakna kita telah menghina kalimah Allah. Seelok-eloknya, telefon diletakkan dalam mod senyap apabila masuk ke dalam tandas," 


3. Barang perhiasan .



"Ini kerana terdapat orang bukan Islam menjual barang perhiasan mempunyai kalimah Allah seperti bingkai dan jam dengan seni khat, sedangkan mereka tidak tahu cara mengendalikan barang-barang mengandungi ayat suci al-Quran. "
"Kesilapan susunan ayat dan tanda baris yang hilang. Kebanyakan bingkai tersebut dibeli daripada penjual Pakistan dan India. "






Ketiga - tiga perkara di atas kita boleh elakkan . Tapi bagaimana pula pada majalah dan suratkhabar juga dalam buku sama ada bacaan untuk dewasa juga kanak - kanak . Jika sekadar maksudnya , tidak mengapa . 



Masalah kita ialah , kita selalunya terlepas pandang . Lepas baca , letak sana , sini . Kebetulan pula anak - anak buat main . Pastu koyak dan sepah sana sini . 





alt image tag










Diharapkan selepas ini kita lebih berhati - hati menguruskanny

.




3 Responses to "Medium Yang Dilarang Meletakkan Kalimah Allah"

  1. betul tu, pada kad jemputan tu perlu dielakk, nanti dibuang ke dlm tong sampah.

    terima kasih mengingatkan kadang kita terlepas pandang

    ReplyDelete
  2. Memang ramai yg tak perasan impak letak ayat quran di kad kawin tu kan... semoga menjadi peringatan buat kita semua.

    ReplyDelete

TERIMA KASIH SUDI KOMEN ... INSHAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA ...