MyDeposit - Skim Pembiayaan Deposit Rumah Pertama



MyDeposit - Skim Pembiayaan Deposit Rumah Pertama  | Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan KPKT , telah melancarkan skim pembayaran deposit rumah pertama yang dikenali sebagai skim MyDeposit

Skim MyDeposit telah dilancarkan mulai 6 April untuk membantu kumpulan sasar yang mempunyai pendapatan isi rumah antara RM3,000 hingga RM10,000 dengan pemberian sumbangan atau bantuan deposit sebanyak 10 peratus daripada harga jualan atau maksimum RM30,000, mana lebih rendah.

MyDeposit - Skim Pembiayaan Deposit Rumah Pertama


Sejak skim MyDeposit dilancarkan , KPKT telah menerima sebanyak 13 ,187 respondan dan 2,500 permohonan lengkap di lawang sesawangnya . Permohonan itu dijangka akan bertambah di masa akan datang . Semua permohonan yang diterima akan disemak terlebih dahulu secara terperinci sebelum diluluskan .

Setakat ini KPKT telah membina 10,000 unit buah rumah di bawah harga RM300,000 diseluruh negara . Jumlah itu akan bertambah mengikut keperluan dan juga bergantung kepada pemaju . 

Fasa pertama untuk unit rumah tersebut akan dibuka dari 6 April sehingga 30 Jun ini . Kerajaan sedang mempertimbangkan untuk membuka permohonan baru .


MyDeposit - Skim Pembiayaan Deposit Rumah Pertama


Pun begitu , skim bayaran insentif di bawah skim MyDeposit tidak diguna pakai bagi program perumahan yang telah menerima subsidi seperti PPA1M, PRIMA, PPR, RUMAWIP dan Rumah Mesra Rakyat .

Di bawah skim MyDeposit , kerajaan akan menyumbangkan 10 peratus daripada harga rumah atau maksima RM 30,000 kepada kumpulan berpendapatan sederhana ( M40 ) dengan pendapatan isi rumah bawah RM 10,000 untuk membeli rumah pertama berharga kurang RM 500,000

Boleh layari sesawang MyDeposit untuk mengetahui lebih lanjut .



1 Response to "MyDeposit - Skim Pembiayaan Deposit Rumah Pertama "

  1. Moga membantu golongan yg berkelayakan utk memperolehi skim bermanfaat ini.

    ReplyDelete

TERIMA KASIH SUDI KOMEN ... INSHAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA ...