Assalamualaikum ...
Larangan Membantah Perintah Rasul | Bismillah . Amalan para Rasul adalah amalan yang terbaik untuk menjadi ikutan para umatnya . Maka sebab itu kita digalakkan melakukan pelbagai perkara berlandaskan sunnah Rasulullah s.a.w.
" Adakah kamu pula hendak meminta daripada rasul kamu sebagaimana diminta daripada Nabi Musa a.s. ( oleh kaumnya ) dahulu ? Dan sesiapa yang menukar iman dengan mengambil kekufuran , maka sesungguhnya ia telah sesat dari jalan yang lurus .( al - Baqarah : 108 )
Larangan Membantah Perintah Rasul
Di dalam ayat ini , Allah mengecam orang yang beriman yang menunjukkan kedegilan sama seperti kedegilan kaum Nabi Musa yang sering menuntut dalil , mukjizat dan melakukan tindak tanduk yang menyusahkan rasul mereka setiap kali ia menyuruh mereka melakukan sesuatu atau menyampaikan kepada mereka sesuatu ( taklif ) yang baru . Kecaman ini juga untuk mengingatkan orang beriman dari kesudahan jalan itu iaitu kesesatan sebagaimana yang dialami Bani Israel .
Sumber Hukum
Arahan rasul adalah merupakan perkara yang menjadi sebahagian daripada sumber hukum di dalam Islam dan ia sudah tentu mempunyai hikmah . Menjadi suatu kesalahan dan dosa menafikan apa yang telah disepakati ulama sebagai perkataan dan perbuatan Rasulullah .
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia ( JAKIM )
~ Sumber Informasi ~
Perintah yang sudah terang dan jelas buat umat Islam..
ReplyDeleteRasulullah adalah contoh terbaik untuk dijadikan ikutan ^-^
ReplyDeletemereka mengatakan mereka sentiasa betul padahal merekalah yg sesat sbnrnya krn membelakangi perintah nabi dan rasul
ReplyDeletekdg org kita ni hnya ikt perintah rasul bila menguntungkan mereka..bila tidak menguntungkan mula laa meninggalkan perintah rasul....
ReplyDeleteMenidakkan perintah rasul..murtadlah namanya! Jgn jadi seperti Syi'ah
ReplyDeleteMalangnya ada diantara kita yg bukan shj membantah, malah mempersoalkan pula perintah rasul.. siap berdebat lagi. Org2 Islam sesama Islam pulak tu.. astagfirullah...
ReplyDeletezaman sekarang terlalu ramai yang melakukan apa yang vee katakan
ReplyDeletetakut kadang tu