Bulan Rejab Dan Amalannya | REJAB bulan Allah . Bulan Rejab datang membawa banyak manfaat pada seluruh muslim . Melatih para muslim berpuasa sebelum menjelangnya Ramadhan dengan melakukan banyak puasa sunat . Rejab merupakan antara tiga bulan yang disukai Rasulullah . Rasulullah juga menyeru kita memperbanyakkan ibadah di bulan Rejab .
Diriwayatkan bahawa apabila Rasulullah s.a.w. memasuki bulan Rejab beliau berdoa :
اللهم بارك لنا فى رجب وسعبان، وبلغنا رمضان.“Ya, Allah berkahilah kami di bulan Rajab (ini) dan (juga) Sya’ban, dan sampaikanlah kami kepada bulan Ramadhan.” (HR. Imam Ahmad, dari Anas bin Malik).
روى عن النبى صلى الله عليه وسلم أنه قال : رأيت ليلة المعراج نهرا ماؤهأحلى من العسل وأبرد من الثلج وأطيب من المسك فقلت لجبراﺌيل ياجبرائيللمن هذا؟ قال لمن صلى عليك فى رجبKetika Nabi Muhammad melaksanakan mi’raj nabi melihat sungai yang airnya lebih manis dari pada kurma dan lebih dingin dari pada salju dan lebih wangi dari pada minyak misik, maka Nabi bertanya kepada malaikat Jibril: sungai ini di anugrahkan untuk siapa? Maka Jibril menjawab: untuk orang yang membaca selawat kepada engkau di bulan Rajab.
عن أنس بن مالك رضى الله تعالى عنه أنه قال : لقيت معاذ بن جبل رضىالله تعالى عنه فقلت له من اين جئت يامعاذ؟ قال جئت من عند النبى عليهالصلاة والسلام، فقلت ما سمعت منه؟ قال سمعت من قال لاإله إلا لله خالصامخلصا دخل الجنة، ومن صام يوما من رجب يبتغى به وجه الله دخل الجنة ثمدخلت على رسول الله فقلت يا رسول الله إن معاذا أخبرنى بكذا وكذا فقالعليه الصلاة والسلام صدق معاذ.Dari Anas bin Malik RA. Sesungguhnnya Anas berkata: saya bertemu dengan Muadz bin Jabal kemudian saya bertanya kepada Muadz, hai Muadz kamu datang dari mana? Kemudian Muadz menjawab saya dari Nabi Muhammad saw, dan Anas bertanya kepada Muadz: apa yang telah kamu dengar dari Rasulullah, Muadz mendengarkan bahwa orang yang mengucapkan lailahaillallah dengan ikhlas dan redha maka ia masuk surga dan barang siapa yang berpuasa sehari di bulan Rajab maka ia betemu dengan Allah dan masuk surga, kemudia Anas menemui Rasulullah dan Anas berkata kepada Rasulullah bahwa Muadz memberi kabar seperti ini, kemudian Rasulullah menjawab bahwa Muadz benar.
Justeru itu pada malamnya , bangkitlah pada sepertiga malam ( jam 1 , 2 atau 3 pagi ) selepas tidur sebentar jika mampu . Lakukan solat sunat tahajud , solat sunat hajat , solat sunat taubat , solat sunat witir dan solat sunat tasbih .
Berdoalah apa yang dihajati . Sesungguhnya doa pada malam tersebut mustajab ( kitab Raudhah Imam Nawawi ) . Lakukan solat taubat , minta diampunkan segala dosa yang telah dilakukan .
“Sesungguhnya dalam syurga itu ada sebatang sungai yang disebutkan sungai Rejab, airnya lebih putih daripada susu dan lebih manis daripada madu, sesiapa yang berpuasa satu hari pada Rejab, Allah akan memberinya minum daripada sungai itu.”
(HR. Imam Baihaqi)
Berpuasalah pada esoknya , bagi yang mampu . Kaum hawa yang hendak berpuasa , pastikan hutang puasa Ramadhan sudah selesai .
Jangan lupa bersedekah . Banyakkan berzikir , bertasbih , berselawat , beristighfar dan membaca al - quran pada malam dan siangnya .
Marilah kita bersama - sama memuliakan rejab dengan ibadah ...
Mudah2an kita dapat beramal dengan sempurna :)
ReplyDeleteSubhanallah walhamdulillah... t kasih atas perkongsian ini. Semoga Allah sentiasa memberkati... aamiin.
ReplyDelete