Menjaga Hati


Assalamualaikum ...

Menjaga Hati | Bismillah . Hati adalah sesuatu yang perlu kita jaga dalam perhubungan . Sama ada menjaga hati orang atau pun hati sendiri , ianya bukanlah sesuatu yang mudah . Ianya perlukan ketenangan , rasioanl dan bersangka baik . Tetapi jika anda tidak menjaganya , ianya boleh jadi malapetaka kepada diri anda dan mungkin orang lain juga .

Rasululah s.a.w. bersabda yang bermaksud :

" Ketahuilah bahawa dalam jasad manusia ada seketul daging ( segumpal darah ) , jika baik maka baiklah seluruh anggota dan jika rosak maka rosaklah seluruh anggota , itulah hati . "
( Riwayat Bukhari dan Muslim )

Menjaga Hati


Diri manusia ini terbahagi kepada dua iaitu fizikal dan spiritual . Spiritual ini termasuklah akal , nafsu, perasaan dan yang paling utama ialah hati . Ini kerana tindakan , perilaku dan sikap seseorang dipengaruhi oleh hati .

Hati dan perasaan haruslah dijaga dari sifat - sifat yang merosakkan . Ia hendaklah dipandu ke arah jalan yang betul berdasarkan ajaran Islam yang sebenar . Jika tidak , hati akan dikuasai oleh nafsu dan syaitan yang menyebabkan pelbagai penyakit seperti hasad dengki , tamak , pemarah , riak dan sebagainya .

Zikir , Tasbih dan Tahmid


Bersihkanlah hati kita dengan berzikir , bertasbih dan bertahmid kepada Allah s.w.t. . Insha Allah , sekiranya ada kekotoran , hati kita akan bersih kembali sedikit demi sedikit .



~ Sumber Informasi ~



12 Responses to "Menjaga Hati"

  1. Thanks for the tips..
    In shaa Allah akan cuba diamalkan dengan istiqamah.

    ReplyDelete
  2. suka baca perenggan pertama tu
    rasa tenang dan muhasabah diri ni

    ReplyDelete
  3. insyallah, terima kasih atas nasihat dan peringatan

    ReplyDelete
  4. tidak dinafikan berzikir merupakan cara terbaik untuk membersih hati yang kotor..

    ReplyDelete
  5. Zikir adalah pengubat hati yang paling mujarab selain ubat

    ReplyDelete
  6. In shaa Allah.. akan sentiasa mengamalkan zikir setiap kali teringat.. mudah2an hati kita dan insan sekeliling kita sentiasa dlm keadaan bersih... aamiin.

    ReplyDelete
  7. baik hatinya...maka baiklah seluruh anggota badannya yang lain.
    semuanya dari hati...

    ReplyDelete
  8. Moga hati kita sentiasa bersih...

    ReplyDelete
  9. In shaa Allah... t kasih atas peringatan dan perkongsian ini.

    ReplyDelete

TERIMA KASIH SUDI KOMEN ... INSHAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA ...