Jaminan Bertaqwa Kepada Allah


Assalamualaikum ...

Jaminan Bertaqwa Kepada Allah | Bismillah . Allah s.w.t. memberi jaminan kepada orang - orang yang beriman bahawa sekiranya mereka bertaqwa iaitu takut kepada Allah s.w.t. dengan mentaati perintahnya dan meninggalkan perbuatan maksiat , maka Allah akan mengurniakan kepada mereka ilmu dan kelebihan yang dapat membezakan antara yang benar dengan yang salah . 


Jaminan Bertaqwa Kepada Allah


Firman Allah yang bermaksud :

" WAHAI orang - orang yang beriman , jika kamu bertaqwa kepada Allah nescaa Allah akan mengadakan bagi kamu ( petunjuk ) yang membezakan antara yang benar dengan yang salah dan menghapuskan kesalahan - kesalahan kamu , serta mengampunkan ( dosa - dosa ) kamu . Dan Allah ( sememangnya ) mempunyai limpah kurnia yang besar . "
( Surah Al - Anfal : 29 )

Jaminan Bertaqwa Kepada Allah


Apabila kita bertqwa kepada Allah dengan membezakan perbuatan yang benar dan yang salah , maka Allah s.w.t. memberi jaminan akan diampunkan kesalahan mereka yang telah lalu . Kesalahannya juga akan ditutup daripada penglihatan manusia baik di dunia mahupun di akhirat kelak . 

Ini merupakan janji Allah s.w.t. kepada orang - orang yang bertaqwa iaitu Allah s.w.t. akan memberikan pahala yang besar tanpa mengharap sebarang balasan .

Terima Balasan Dari Allah


Tiga balasan yang akan diberikan oleh Allah kepada orang - orang yang bertaqwa adalah 

  • mereka diberi petunjuk dalam membezakan antara yang hak dengan yang batil
  • Allah s.w.t. akan memberikan perlindungan kepada mereka dari melakukan dosa sama ada dosa kecil atau dosa besar di dunia ini
  • mendapat keampunan dosa - dosa di akhirat kelak .


~ Sumber Informasi ~


5 Responses to "Jaminan Bertaqwa Kepada Allah"

  1. Terima kasih atas perkongsian dan peringatan.

    ReplyDelete
  2. terima kasih atas perkongsiannya

    ReplyDelete
  3. saya sangat percaya..insya Allah tiada perkara buruk akan berlaku jika kita bertakwa kepada Allah SWT..

    ReplyDelete
  4. Terima kasih juga sudi berkongsi.

    ReplyDelete
  5. Terima kasih atas perkongsian ilmu.. :)

    ReplyDelete

TERIMA KASIH SUDI KOMEN ... INSHAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA ...