Peristiwa Yang Berlaku Pada Bulan Rejab | Hari ini bermulanya bulan Rejab . Bulan yang dianjurkan untuk kita melipat gandakan ibadah dan amalan . Hari ini juga kita disunatkan berpuasa bagi yang mampu . Kebetulan pula hari cuti , berpuasalah untuk merebut ganjaran pahalanya walaupun terpaksa berhadan dengan cuaca pans kering .
إِنَّ عِدَّةَ الشُّهُورِ عِنْدَ اللَّهِ اثْنَا عَشَرَ شَهْراً فِي كِتَابِ اللَّهِ يَوْمَ خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالأَرْضَ مِنْهَا أَرْبَعَةٌ حُرُمٌ ذَلِكَ الدِّينُ الْقَيِّمُ فَلا تَظْلِمُوا فِيهِنَّ أَنْفُسَكُمْ (سورة التوبة: 36)"Sesungguhnya bilangan bulan pada sisi Allah adalah dua belas bulan, dalam ketetapan Allah di waktu Dia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan haram. Itulah (ketetapan) agama yang lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan yang empat itu.” (QS. At-Taubah: 36)
Peristiwa Yang Berlaku Pada Bulan Rejab
Sebenarnya , banyak peristiwa yang berlaku dalam bulan Rejab yang ramai antara kita tidak mengetahuinya . Antara peristiwa signifikan berlaku dalam bulan Rejab adalah:-
Lahirnya Imam As-Shafie
Imam Syafie dilahirkan di Ghuzah sebuah daerah di Palestin, pada bulan Rejab 150 H atau 767 Masihi.
Beliau menghafal 30 juzuk al-Quran ketika berumur 9 tahun. Mengkaji dan memahami kitab Al-Muwatha’, karangan Imam Malik, tidak lama kemudian Al-Muwatha’ dihafalnya pada usia 19 tahun. Kerana kebijaksanaannya ketika berumur 15 tahun beliau dibenarkan memberi fatwa kepada masyarakat dan menjawat jawatan sebagai guru ilmu hadis serta menjadi mufti. Ketika berusia 20 tahun, beliau telah merantau untuk mendalami ilmu dengan Imam Malik di Madinah kemudian ke Iraq, Parsi dan akhirnya kembali ke Madinah.
Pembebasan Palestin oleh Salahudin Al-Ayubi
Di bulan Rejab tahun 583 H (1187 M), Shalahudin Al-Ayubi memimpin pasukannya berangkat ke Baitulmuqaddis untuk membebaskannya daripada cengkeraman tentera salib yang menguasainya selama hampir satu abad. Kemenangan Shalahudin sangatlah istimewa kerana berjaya mengembalikan bumi israk mikraj dan kiblat pertama kaum Muslimin ke dalam pangkuan Islam.
Jatuhnya Kerajaan Uthmaniah
Pada 28 Rejab 1342 Hijrah (3 Mac 1924M), Khilafah Uthmaniah berjaya dikuburkan secara rasmi oleh Mustafa Kemal At-Tarturk di Turki dengan dokongan Britain dan Perancis. Di saat kerajaan Uthmaniah tamat, umat kehilangan asas kepimpinan. Tiada lagi institusi yang mampu melindungi umat secara kolektif dan global. Syariah tidak lagi dijadikan asas negara dan ideologi sekular dan kapitalisme ditanam ke dalam jiwa umat dengan penjajahan terancang. Kerajaan besar Uthmaniah dipecahkan kepada lebih 40 negara kecil dengan berpaksikan kaum, wilayah dan semangat kebangsaan yang merosakkan. Akibatnya, umat Islam terus berkelahi, merebut wilayah dan kekuasaan dan dipisahkan antara negara kaya dan miskin.
Rumusannya, Rejab bukan sekadar bulan berkisar perjalanan Rasulullah SAW melalui peristiwa israk dan mikraj untuk kita kenang. Tetapi bulan Rejab adalah bulan untuk menilai tahap iman kita, status cinta kita kepada ALLAH, Rasulullah SAW dan Islam serta bulan di mana kita menilai dan menghayati sejarah Islam agar umat akan lebih progresif.
Imam As-Shafie menunjukkan contoh terbaik untuk umat menguasai ilmu, Salahudiin Al-Ayubi menunjukkan contoh membebaskan Baitulmuqaddis dan umat perlu bangkit demi mengembalikan kepimpinan dunia ke tangan umat Islam.
Banyak peristiwa yg berlaku pada bulan rejab kan.. Termasuklah kelahiran Imam Shafie.. Terima kasih sudi berkongsi ilmu
ReplyDelete