Songket Dan Jenis Ikatan Samping | Keindahan songket boleh dijelmakan dalam apa jua bentuk sama ada melalui pantun atau penggayaan busana kerana songket itu sendiri adalah fabrik khazanah Melayu yang mempunyai aura memikat walau digayakan dam apa juga acara sekalipun .
Sama ada songket dijadikan selendang , persalinan seperti baju kurung atau kebaya , songket tetap menyerlah penampilannya kerana ia fabrik klasik yang berupaya membuatkan individu tampak unggul dan tersendiri .
Lebih mengujakan , songket juga adalah antara fabrik yang menjadi pelengkap kepada penampilan jejaka apabila mengenakan persalinan baju Melayu dan fungsi songket menjadi semakin penting dalam penampilan busana pengantin lelaki .
Songket juga berfungsi sebagai samping dan menjadi pelengkap gaya bagi pengantin lelaki hulubalang , orang kenamaan mahupun dijadikan pemakaian ketika hari lebaran .
Jenis Ikatan Samping
Penggayaan songket sebagai samping berkait rapat dengan budaya Melayu yang kaya dengan falsafah dalam kehidupan .
Lazimnya , ada tiga jenis ikatan yang biasa digayakan dalam kalangan masyarakat terutama ketika menghadiri majlis rasmi , perayaan atau upacara khas seperti bersanding .
Tiga ikatan yang lazim digayakan adalah ikatan cara nak raja lama , ikatan gaya P.Ramlee dan ikatan lazim yang disebut ikatan biasa .
1- Ikatan Lazim
- Kumpulkan kain samping pada bahagian tengah
- Imbangkan kiri dan kanan supaya sama panjang
- Lipat dan tindih
2- Ikatan P.Ramlee
- Imbangkan bahagian hujung kain dan bawa ke bahagian kanan badan .
- Serongkan kain pada bahagian hadapan badan . Pastikan ada lebihan pada bahagian atas dan tepi .
- Kedutkan bahagian yang hendak dibentuk seperti bunga kubis di sebelah atas
- Kumpulkan di atas kanan pinggang dan ikat . Ambil bengkung untuk asingkan atas dan bawah bunga .
- Kemas dan gubah seperti bunga kobis .
3- Ikatan Anak Raja Lama
- Imbangkan kain samping pada bahagian tengah badan .
- Susun dan lipat ke arah bawah
- Kemaskan lapisan bertingkat
- Ambil bengkung dan kemaskini ikatan samping pada bahagian pinggang .
ada 1 "tanda" pada pemakai sampin yg tak ramai tahu..
ReplyDeleteorang bujang kena pakai sampin labuh atas dari lutut. orang yang dah kahwin kena pakai sampin labuh bawah lutut..
lagi 1 pasal keris. banyak saya lihat pengantin silap arah sisip keris pada sampin. cara sisip berlainan memberi maksud yang berlainan. ada beza cara sisip keris untuk pergi bertikam dan cara sisip keris sebagai hiasan/pakaian. ni kalau pakai macam tu datang mengadap sultan dulu2, dah boleh kena pancung nih.. hahaha..