Assalamualaikum ...
Bahana Qazaf Pada Mayat | Dengan lafaz Bismillah . Ada banyak perkara yang kita tidak boleh ambil mudah . Terutamanya tentang hukum hakam serta menuduh orang lain tanpa bukti dan saksi . Walaupun perlakuan itu mungkin tidak diketahui orang atau orang lain tidak ambil peduli , tetapi Allah tetap mendengar dan melihat perlakuan itu . Berikut adalah sedikit kisah bahana Qazaf pada mayat yang boleh dijadikan pengajaran kepada kita .
Maksud Qazaf
Qazaf membawa maksud melimparkan tuduhan zina kepada seseorang yang sebenarnya baik lagi suci atau menafikan keturunannya .
Pembahagian Qazaf
Qazaf bagi orang yang menuduh seseorang yang baik lagi suci berzina tanpa empat saksi lelaki yang adil boleh dikenakan hukum hudud sebatan sebanyak 80 kali . Bukan setakat termasuk berdosa besar malah haram hukumnya serta tidak boleh diterima penyaksiannya selama - lamanya kerana tergolong dalam golongan orang yang fasiq .
Firman Allah yang bermaksud :
" Dan orang-orang yang melemparkan tuduhan zina kepada perempuan-perempuan yang terpelihara kehormatannya, kemudian mereka tidak membawa empat orang saksi. Maka sebatlah mereka 80 kali sebat, dan janganlah kamu terima persaksian mereka itu selama-lamanya kerana mereka itu adalah orang yang fasiq”.(Surah An- Nur ayat 4)
Anda boleh mendapatkan penjelasan lanjut tentang Qazaf ini di SINI .
Bahana Qazaf Pada Mayat
Ada kisah bahana Qazaf pada mayat di zaman Imam Malik yang kita boleh renungi dan jadikan iktibar agar kita dapat menjaga perilaku di zaman maklumat dihujung jari ini agar tidak tersasasr dari landasan yang sepatutnya .
Pada zaman Imam Malik , terdapat seorang wanita yang buruk akhlaknya. Dia selalu tidur bersama lelaki dan tidak pernah menolak ajakan lelaki . Tiba pada hari kematiannya, ketika mayatnya dimandikan oleh seorang wanita yang kerjanya memandikan mayat, tiba-tiba tangan si pemandi mayat itu terlekat pada badan tubuh jenazah wanita itu.
Semua penduduk dan ulama' gempar akan hal itu. Mana tidaknya, tangan si pemandi mayat terlekat sehingga semua orang di situ mati akal untuk melepaskan tangannya dari mayat wanita terbabit. Terdapat berbagai cadangan dan pandangan untuk menyelesaikan masalah itu. Akhirnya ada 2 pandangan yang dirasakan sesuai tetapi berat untuk dijalankan.
Pertama, memotong tangan wanita pemandi mayat dan yang kedua pula tanam / kebumikan kedua-duanya iaitu pemandi mayat dan jenazah itu sekali gus.
Oleh kerana kedua-dua cadangan tersebut masih lagi kurang sesuai, salah seorang dari mereka mereka memutuskan untuk meminta pendapat daripada Imam Malik. Imam Malik bukan calang-calang orang yang memberi fatwa.
Apabila Imam Malik sampai dan melihat apa yang berlaku, Imam Malik bertanya kepada wanita pemandi mayat itu;
"Apakah kamu lakukan atau berkata apa-apa kepada si mati semasa memandikannya ..?"
Perempuan memandikan mayat tersebut bersungguh-sungguh menjawab bahawa dirinya tidak berbuat atau tidak berkata apa-apa pun ketika menguruskan jenazah. Selepas diasak dengan berbagai pertanyaan dan takut tangannya akan dipotong atau ditanam sekali dengan mayat, akhirnya wanita pemandi mayat itu berkata bahawa dia ada berkata;
Imam Malik berkata,
"Kamu telah menjatuhkan Qazaf (tuduhan zina) pada wanita tersebut sedangkan kamu tidak mendatangkan 4 orang saksi. Dalam situasi begini, di mana kamu nak cari saksi..? Maka kamu harus dijatuhkan hukuman hudud 80 kali sebatan kerana membuat pertuduhan zina tanpa mendatangkan 4 saksi."
Semasa wanita pemandi mayat itu dikenakan hukuman, bila tiba sebatan yang ke 80, maka dengan kuasa Allah SWT, terlepaslah tangannya dari badan mayat tersebut.
Ambil Iktibar
Diharapkan kisah diatas bukan sekadar dibaca tetapi juga anda ambil iktibar supaya kita tidak menuduh orang sesuka hati . Elakkanlah melakukannya di media sosial . Kerana bila ada yang like dan share , maka dosa yang anda perlu tanggung akan bertambah dan berpanjangan . Mungkin anda rasa puas melakukannya tapi fikirlah apa yang anda perlu hadapi di akhirat kelak . Kekadang manusia ini walaupun sudah mendapat 'cash' dari Allah tapi masih tidak sedar bahawa itu adalah kifarah dari Allah atas perbuatannya .
qazaf tu maksudnya menuduh zina ye?
ReplyDeleteyang ni pun baru tahu
cerita ni saya pernah dengar, tapi perkataan qazaf tu baru tahu
Ya Allah, takutnya..dgn media sosial sekarang yg makin brkembng mmg byklah mulut2 yg boleh menimbulkan fitnah..semoga kita kuat!
ReplyDeleteYa Allah..mari kita sama² muhasabah diri..
ReplyDeleteBanyak dah dosa tanpa sedar dan sedar yang dah kita buat. Semoga Allah s.w.t ampunkanlah segala dosa kita semua ini. Memang bahaya bila suka tuduh orang tanpa ada buktinya. Perkongsian yang sangat bagus untuk kita semua yang masih hidup.
ReplyDeleteoooo...baru tau pe maksud sbnr qazaf...good sharing :)
ReplyDeletesetuju sangat..mudahnya menuduh seseorang melakukan kmaksiatan walhal tiada 4 saksi yang dikemukakan..moga Allah jauhkan kita dari terjebak dengan menyebarkan fitnah
ReplyDeleteTerima kasih kerana sudi berkongsi ilmu...baru tahu makna Qazaf tu...bersama2lah kita ambil iktibar dan pengajaran dari kisah berlaku, semoga kita terlindung dari azab NYA...
ReplyDeleteMayat tak boleh mempertahankan dirinya... namun ingatlah Allah itu Maha Mengetahui & amat keras siksaannya. T asih atas peringatan ini.
ReplyDeleteterima kasih atas perkongsian ilmu ni!
ReplyDeleteSamada seseorang itu melakukan zina atau tidak, kita x blh buat sbrg pertuduhan selagi tiada 4 saksi didatangkan bersama. Hatta kita tgk dpn mata kita sendiri zina@maksiat itu. Di sinilah peri pentingnya setiap kita melakukan amar makruf nahi mungkar. Jika nampak maksiat, terus tegur pelaku maksiat tanpa mengaibkan dia. Samada dia nak berubah atau tidak, serah kpd Allah. Jgn sekali2 menyebar aib org wpun benar.
ReplyDeleteLakukan dakwah.
kita dai'e (pendakwah) bukan qadi (penghukum).