Assalamualaikum ...
Sebelum Tiba Tujuh Perkara | Bismillah . Rasulullah s.a.w. mengingatkan kepada kita supaya berlumba - lumba mengerjakan amal ibadat yang soleh sebagai bekalan sebelum tiba tujuh perkara kerana apa yang akan berlaku adalah lebih menyusahkan .
Daripada Abu Hurairah , Rasulullah s.a.w. bersabda bermaksud ;
" Beramallah segera sebelum tiba tujuh perkara : Tiada yang kamu tunggu melainkan kemiskinan melarat atau kekayaan yang mencelakakan atau kesakitan yang tenat atau usia tua yang nyanyuk atau kematian mengejut atau kedatangan dajal maka ianya adalah sejahat - jahat perkara ghaib yang ditunggu atau kiamat maka ianya adalah lebih dahsyat dan teruk lagi . "
( Riwayat Termizi )
Sebelum Tiba Tujuh Perkara
Rasulullah menyeru umatnya melakukan amal ibadah sebelum tiba tujuh perkara . Tujuh perkara tersebut adalah :
1- Kemiskinan yang melarat
2- Kekayaan yang mencelakakan
3- Sakit tenat
4- Usia tua hingga nyanyuk
5- Kematian mengejut
6- Kedatangan Dajal
7- Kiamat
Tujuh perkara di atas sedang menunggu setiap orang dan menyebabkannya terlepas peluang melakukan amal ibadah sebagai bekalan di hari akhirat kerana dua keadaan atau andaian sahaja yang akan berlaku di akhirat , tidak ada ketiganya sama ada segala janji yang dikatakan agama itu bohong atau benar .
Bagi yang tidak bersedia sekiranya andaian pertama itu ( janji itu bohong ) yang berlaku , mereka tidak rugi apa - apa tetapi kalau janji Allah itu benar dan tidak pernah bohong , sudah pastilah mereka yang tidak bersedia akan menangis . Sekalipun mengeluarkan air mata darah , tidak ada gunanya . Tetapi bagi yang beriman dan percaya dengan janji Tuhannya dan bersedia bekalannya akan beroleh sebesar - besar keuntungan dan kebahagiaan yang kekal selama - lamanya .
Kesimpulan
Bersegeralah mengerjakan amal ibadah sebelum terlambat . Janganlah suka membuang masa dengan sia - sia dan percuma . Isikanlah kehidupan dengan amal bakti sebelum tiba halangan dan rintangannya .
Terima kasih atas peringatan..
ReplyDeleteMoga kita dijauhkan dari sifat lalai dan berlengah lengah
Assalam Vee.....lama tak jengah awak....
ReplyDeleteTerima kasih Vee kerana selalu nengingatkan okje ....Gitulah, kekadang ada jugak terleka, termalas....moga Allah jauhkan dpd sifat leka yg panjang...
Salam Jumaat CM, terima kasih atas perkongsian yang bermanfaat ini...
ReplyDeleteMasih kerdil rupanya amalan kita ni.. Thanks atas peringatan..:)
ReplyDeleteIngatan yang baik, kadang kala sebagai manusia kita terlupa dan sentiasa leka.Sifat manusia itu mudah lupa, so kena selalu ingat mengingati
ReplyDeleteterima kasih atas nasihat dan peringatan
ReplyDeletetetiba rs takut...kekayaan yang mencelakakan..
ReplyDeleteTerima kasih.sama2 kita beringat.
ReplyDeleteterima kasih atas peringatan ini :)
ReplyDelete7 perkara yang kita sering terlupa ketibaannya kerana lali terhadap nikmat dunia..
ReplyDelete