Cara Mudah Melimpahkan Rezeki


Cara Mudah Melimpahkan Rezeki | Rezeki orang selalu cari tapi tak semua orang puas hati dengan rezeki yang mereka dapat . Rezeki kita memang kena cari . Lagi banyak kita cari , lagi banyak kita dapat . Tetapi , perlu diketahui bahawa reseki yang kita dapat itu adalah dari Allah jua .


Cara Mudah Melimpahkan Rezeki


Cara Mudah Melimpahkan Reseki


Oleh sebab itu , banyak mana rezeki yang kita ada , kita perlu kongsikan dengan orang lain termasuk binatang . Untuk mendapat rezeki , kita perlu lebih dahulu memberi rezeki . Nak lebih faham , berikut adalah beberapa cara mudah memberi rezeki untuk mendapat lebih rezeki .

1- Setiap hari selepas solat subuh , ambil sedikit dari pendapatan disedekahkan kepada anak yatim dan orang miskin . 

2- Sentiasa sediakan duit kecil di dalam dompet untuk membantu mereka yang memerlukan jika ada .

3- Sediakan satu tabung . Bila anda rasa anda membuat dosa , ambil sedikit duit dari dompet , masukkan ke dalam tabung , cukup bulan sedekahkan kepada yang memerlukan .

4- Jika hadir ke majlis keramaian seperti kenduri dan sebagainya yang dihadiri orang tua , kanak-kanak , OKU , orang sakut , sedekahkan lah air kotak / makanan atau lainya .

5- Jika anda membeli barangan / makanan daripada penjaja kecil , sedekahkan sahaja bakinya kepada mereka .

6- Bila anda singgah di mana- mana masjid / surau untuk solat , tinggalkanlah al-quran , telekong dan sejadah di situ untuk digunakan oleh orang lain .

7- Berilah kegembiraan pada orang di sekeliling anda dalam apa cara dan bentuk sekalipun .

8- Sebelum tidur , pastikan anda telah memaafkan semua orang .

9- Berilah salam dan senyuman kepada orang yang anda temui sebagai sedekah yang paling mudah .

10- Sentiasa sedekahkan al-Fatihah atau surah al-Ikhlas kepada ibu bapa sekiranya anda teringatkan mereka .

11- Beri makan pada kucing tak kira di mana . Kedai makan atau kucing datang depan rumah .


0 Response to "Cara Mudah Melimpahkan Rezeki"

Post a Comment

TERIMA KASIH SUDI KOMEN ... INSHAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA ...