Assalamualaikum ...
Golongan Ulul Al - bab | Bismillah . Ulul Al - bab ialah mereka yang berakal , iaitu mereka yang sentiasa mengingati Allah s.w.t. dalam semua keadaan , memikirkan segala kejadian langit dan bumi dan juga sentiasa memanjatkan doa kepada Allah s.w.t.
Firman Allah yang bermaksud :
" ( IAITU ) orang - orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berbaring mengiring dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi ( sambil berkata ) : " Wahai Tuhan kami , tidaklah Engkau menjadikan benda - benda ini dengan sia - sia , Maha Suci Engkau , maka peliharalah kami dari azab neraka . "( Surah Ali Imran : 191 )
Golongan Ulul Al - bab
Golongan ulul al - bab seringkali dilihat bermuraqabah kepada Allah s.w.t. dengan memelihara ibadat - ibadat umum . Malah menjadi kelaziman mereka bermunajat kepada Allah s.w.t. di sepertiga malam dalam keadaan insaf ketika yang lain masih diulit mimpi .
Begitulah kehidupan seharian mereka di mana segala tindakan mereka menjurus kepada muraqabatullah . Mereka juga sentiasa memikirkan kejadian langit dan bumi dengan penuh keimanan dan keinsafan kepada Allah s.w.t. .
Akhirnya dengan penuh keinsafan mereka yakin bahawa semua kejadian itu mempunyai hikmah tertentu untuk menjadi renungan dan iktibar bagi para makhluk - Nya .
Seiringan itu , mereka terus menerus memanjatkan doa kepada Allah s.w.t. memohon perlindungan -Nya dari azab - Nya yang menggerunkan .
Ingat Allah Pelbagai Cara
Manusia yang diberikan akal fikiran semestinya berusaha mengingati Allah dengan pelbagai cara sebagai bukti ketaatan kepada - Nya . Ini termasuklah dengan memikirkan segala kejadian langit dan bumi dan sentiasa lah berdoa kepada - Nya .
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia ( JAKIM )
Moga kita turut tergolong dalam golongan Ulul Al Bab...
ReplyDeletekonsep yang mudah..ingat Allah banyak-banyak maka Allah akan ingat kita..masya Allah hebat tu.
ReplyDeleteMudah2 kita pun akan tergolong dlm golongan ini..aminn
ReplyDeleteperingatan yg baik.. semoga kita tergolong dlm golongan ni
ReplyDelete