Menu Hidangan Yang Terkenal Di Sabah


Menu Hidangan Yang Terkenal Di Sabah | Sabah merupakan negeri di kepulauan Borneo yang terkenal dengan pulau-pulaunya yang indah dengan pantainya yang cetek sehingga boleh melihat batu karang dan bermain dengan ikan . Antara pulau yang sangat terkenal di situ adalah Pulau Sipadan .

Selain pulau yang indah menjadi daya tarikan pelancongan di Sabah , terdapat juga padang ragut dan lembu seperti di New Zealand yang terletak di Kundasang . Malah ramai juga pendaki gunung tegar pergi ke Sabah semta-mata mahu menikmati keindahan gunung Kinabalu dengan menawan puncaknya .

Menu Hidangan Yang Terkenal Di Sabah

Di Sabah juga terkenal dengan makanan lautnya yang pelbagaijenis , bersaiz besar dan segar-segar belaka malah ada diantaranya yang tidak boleh didapati di semenanjung . 

Bila sebut tentang makanan , selain daripada makanan laut , di Sabah juga terdapat pelbagai menu hidangan . 

Pelbagai menu ini adalah dipengaruhi oleh kepelbagaian bangsa yang terdapat di Sabah . Sudah tentu setiap bangsa di sabah ada makanan tradisi mereka yang popular dikalangan bangsa lain juga .

Sekiranya anda berkunjung ke sabah , jangan lepaskan peluang untuk mencuba pelbagai menu yang terkenal di sabah seperti ambuyat , buah bambangan dan tuhau .


0 Response to "Menu Hidangan Yang Terkenal Di Sabah "

Post a Comment

TERIMA KASIH SUDI KOMEN ... INSHAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA ...