Assalamualaikum ...
Manfaatkan Kehidupan Dunia Tanpa Lupa Akhirat | Bismillah . Setiap manusia akan mengejar duniawi kerana itu satu keperluan demi kelangsungan sebuah kehidupan . Pun begitu , sebagai seorang Muslim , kita perlulah melaksanakan tanggungjawab kita terhadap Allah sambil melakukan suruhannya dan meninggalkan larangannya demi akhirat yang pasti . Justeru itu, kita perlu manfaatkan kehidupan dunia tanpa lupa akhirat .
Manfaatkan Kehidupan Dunia Tanpa Lupa Akhirat
Daripada Abdullah katanya , Rasulullah s.a.w bersabda kepada kami yang bermaksud ;
" Tidakkah kamu gembira bahawa seperempat penghuni syurga itu adalah adalah kamu ? "
Kata Abdullah , kami pun segera mohon ditambah . Kemudain berkata pula Baginda ;
" Tidakkah kamu gembira bahawa sepertiga penghuni syurga itu daripada kamu ? "
Kata Abdullah , kami pun mohon diperbanyakkan lagi . Akhirnya Rasulullah s.a.w. pun berkata ;
" Sesungguhnya saya berharap bahawa seperdua penghuni syurga itu daripada kamu . Dan ketahuilah ! Bahawa bandingan jumlah kaum Muslimin dengan kaum kafir itu , laksana sehelai bulu putih ditubuh sapi hitam atau sehelai bulu hitam di tubuh sapi putih . "
( Hadis Riwayat Muslim )
Umat Islam seharusnya bersyukur kerana dikurniakan hidayah yang benar dan diredhai Allah s.w.t. Namun fenomena hari ini memperlihatkan tidak semua yang menganut Islam itu benar - benar menghayati ajaran agamanya bahkan ada juga yang memilih agama lain ( murtad ) .
Betapa mudahnya iman mereka goyah kerana godaan dan hasutan duniawi . Oleh itu benarlah seperti sabda Rasulullah s.a.w. bahawa umat Islam itu ramai , namun nilaian mereka hanyalah seperti buih di lautan yang tidak mendatangkan apa - apa kesan .
Mereka mudah dipermainkan pihak musuh bahkan mereka sendiri bertelagah antara satu sama lain . Justeru , meskipun peluang untuk menghuni syurga Allah amat besar , namun peluang itu tidak direbut oleh semua orang .
Ramai yang berebut mengejar nikmat dunia yang sedikit ini berbanding nikmat akhirat yang jauh lebih besar . Kesesatan manusia hari ini tidak mustahil membuatkan iman mereka semakin kurang yang akhirnya cara hidup mereka seolah - olah tiada berbezanya dengan orang kafir .
Dunia Penjara Mukmin
Daripada Abu Hurairah , katanya Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud ;
" Dunia penjara bagi orang mukmin dan syurga bagi orang kafir . "
( Hadis Riwayat Muslim )
Dunia ini harus kita nikmati dengan mengikuti segala perintah Allah dan jauhi larangan - Nya . Dikatakan dunia adalah penjara bagi mukmin kerana di dunia manusia terdedah dengan pelbagai macam godaan dan ancaman yang mencabar keimanan .
Bahkan apa yang dilarang oleh agama itu selalunya menjadi kesukaan nafsu manusia . Namun , hakikatnya larangan itu demi kebaikan dan kesejahteraan manusia supaya tidak terjebak ke lembah kebinasaan .
Berbeza bagi golongan kafir , mereka bebas melakukan apa saja sehingga akhirnya mereka merosakka jiwa dan diri sendiri . Inilah hakikat dunia yang akan menjadikan manusia yang alpa tenggelam di dalamnya .
Kebahagiaan Dunia Dan Akhirat
Sebab itu kita selaku orang mukmin diseru memanfaatkan dunia dengan bijaksana iaitu apabila kita berusaha memanfaatkan kehidupan dunia sebagai jambatan menuju kebahagiaan akhirat , maka Allah akan memberikan kedua - duanya ( kebahagiaan dunia dan akhirat ) .
Namun , jika kita hanya mengutamakan kehidupan dunia dan melupakan akhirat , maka Allah akan memberikan satu kenikmatan saja iaitu dunia semata , sedangkan di akhirat kelak kita mendapat kerugian yang banyak .
Pertamanya..harus bersyukur dilahirkan sebagai seorang Islam. Semoga terus dikurniakan hidayah dan keimanan...aamiin
ReplyDeleteDunia terlalu banyak pancaroba... Tersilap langkah di dunia malanglah nasib di akhirat sana...
ReplyDeleteYe kan,Zumal.
DeleteHarap2 husnul khotimah.