Doa Dan Syubhah


Assalamualaikum ...


Dengan lafaz Bismillah . Doa merupakan salah satu cara para muslimin meminta bantuan dari tuhan Allah yang Maha Esa . Selain berusaha dengan pelbagai cara , doa adalah perkara yang perlu dilakukan oleh seorang muslim untuk mencapai hajat mereka . Selepas itu barulah bertawakkal semoga apa yang dihajatkan akan kesampaian .

Nabi Muhammad s.a.w. bersabda :
" Seorang lelaki menempuh perjalanan jauh sehingga rambutnya kusut dan badannya berdebu , dia mengangkat kedua tangannya ke langit lalu berdoa : ' Wahai Tuhan ku , wahai Tuhan ku . ' Sedangkan makanannya haram , minumannya haram , pakaiannya daripada yang haram dan rezekinya dari yang haram , maka bagaimanakah Allah akan memperkenankan doanya ? "
( Riwayat Muslim )

Doa Dan Syubhah



Orang muslim ni , walaupun rajin sembahyang , puasa serta lainnya , masih banyak perkara lain yang dipandang remeh . Antaranya curi tulang dalam waktu bekerja . Contoh yang paling mudah , melayari internet yang bukan berkaitan dengan kerja . Bila perkara itu berlaku , maka rezeki yang diterima kurang barakah . Selain itu bila makan di restoran , asalkan tiada daging babi dan arak , anda sudah kata halal . Sedangkan cara / proses penyediaan makanan itu belum tentu halalan toyyiban . 

Perkara - perkara di atas sudah cukup untuk membuat doa anda mungkin tidak makbul . CM tak lah berani nak kata tak makbul sebab CM bukan tuhan . Banyak lagi sebab sebenarnya kenapa doa - doa anda tidak makbul . Antaranya seperti di bawah ini . .


Antara penyebab doa tidak dimakbulkan ; 


  • makanan yang diragukan status halalnya .
  • mendapat gaji dari syarikat / majikan yang beroperasi menggunakan sumber modal yang meragukan .
  • bekerja di syarikat menjalankan perniagaan bercampur dengan sumber haram .
  • menggunakan / memakan harta anak yatim .
  • terlibat dengan riba ' 


Hindarkan Diri Dari Syubhah


Sekiranya anda rasakan makanan yang ada di depan anda itu tidak halal atau cara pemprosesannya tidak halalan toyyiban , maka jangan sesekali anda memakannya . Baru - baru ini ada juga berita tentang ketidak halalan sos di Mc Donald dan juga sijil halal Secret Resepi ditarik balik .


" Sesungguhnya yang halal itu jelas dan yang haram pun jelas. Di antara keduanya terdapat perkara yang syubhah (yang masih samar-samar sama ada halal atau haram) yang tidak diketahui oleh kebanyakan orang. Sesiapa yang menghindarkan diri daripada perkara syubhah, maka dia telah menyelamatkan agama dan kehormatannya. Sesiapa yang terjerumus dalam perkara syubhah, maka (dibimbangi) ia akan terjatuh dalam perkara haram."

(Shahih Al-Bukhari, no. 52, 2051. Muslim, no. 1599)


Hasilnya , tanpa sedar anda ianya telah melibatkan ahli keluarga anda juga . Maka , isteri dan anak - anak yang tak tahu menahu terlibat sama . Maka akan diterimakah doa di setiap hujung solat mereka ? Bagaimana dengan ibadah mereka selama ini ?

Nabi Muhammad s.a.w. bersabda ;


" Setiap jasad yang tumbuh daripada yang haram , api nerakalah yang paling layak baginya . "

( Riwayat Al - Hakim , Sahih )

Maka hendaklah kita menghindari rezeki haram dan segala perkara syubhah . Bersyukurlah kepada Allah . Mengapa kita sendiri menjadi penghalang kepada diperkenankan doa dan mengapa kita tidak mahu menerima nasihat ?



Doa Dan Syubhah


7 Responses to "Doa Dan Syubhah"

  1. Setuju CM! Nak2 tang makan di restoran tu. It does't mean ada status HALAL dah blh mkn. Kene teliti jugak bab2 pemprosesan...bahan2 yg digunakan serta siapakah tukang masaknya. Bukan Diana yg kata...tapi ustad pun kata sedemikian.

    ReplyDelete
  2. kadang-kadang kita dengar orang kata "Allah tak makbulkan doa aku"...
    walhal Allah ada perancangan lebih baik buat kita...

    ReplyDelete
  3. ada isu yang kompikated juga kalau majikan kita menggunakan sumber yang haram seperti interest tinggi..namun mereka bukan Islam..kita pun tetap akan terpalit sama kerana kuasa pilihan ditangan sendiri.

    ReplyDelete
  4. Kadang-kadang sesuatu perkara itu kita anggap remeh atau tak apa2...tapi membawa impak besar dalam qualiti ibadah kita
    T

    ReplyDelete
  5. thanks atas perkongsian dan peringatan. :)

    ReplyDelete
  6. meninggalkan perkara syubhah itu adlah lebih baik kan :)

    ReplyDelete
  7. syubhah adalah perkara kabur yang mudah menyebabkan kita terjebak

    ReplyDelete

TERIMA KASIH SUDI KOMEN ... INSHAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA ...