Assalamualaikum ...
Kerjasama Dalam Dakwah | Bismillah . Gerakan dakwah Islamiah telah lama wujud sejak mula terpancarnya nur Islam di muka bumi ini . Pelbagai kaedah dan cara digunakan untuk menarik perhatian ke arah agama Islam yang sejati ini . Walau apa pun , konsep kerjasama dan tolong menolong dalam dakwah amat penting dalam menjayakan usaha murni tersebut .
" DAN akan sempit pula dadaku serta tidak lancar lidahku ; oleh itu utuskanlah perintah - Mu kepada Harun ( supaya ia membantuku ) .( Surah al - Syu'ar'a : 13 )
Kerjasama Dalam Dakwah
Usaha mengajak manusia ke arah kebaikan dan meninggalkan keburukan akan lebih rancak dan bersemangat jika dilakukan secara beramai - ramai . Dengan itu segala cabaran , bebanan dan permasalahan yang timbul dapat dikongsi bersama .
Sebagai seorang pendakwah , tidak terlepas daripada menghadapi pelbagai rintangan . Junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. juga menghadapinya . Begitu juga Nabi - nabi dan Rasul - rasul terdahulu . Antaranya , Nabi Musa a.s. terpaksa meminta bantuan daripada saudaranya Nabi Harun a.s. dalam menghadapi tentangan dari golongan yang ingkar .
Walau apa pun , Allah s.w.t. sentiasa bersama - samanya dalam usaha melaksanakan penyebaran agama Islam ke seluruh pelosok dunia .
Urusan Lebih Mudah
Peranan dakwah amat penting dalam usaha memperjuang dan mempertahankan agama Islam yang suci . Pelbagai cara boleh dilakukan untuk mempastikan kejayaan itu .
Oleh itu , lakukanlah dakwah menggunakan konsep kerjasama agar segala urusan menjadi lebih mudah dan membuahkan hasil lebih memberangsangkan .
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia ( JAKIM )
Bila saling bekerjasama, semuanya akan jadi mudah :)
ReplyDeleteKita umat Islam perlu bekerjasama dlm usaha dakwah ni. Apatah lagi diwaktu sistem pemerintahan khalifah dah tak wujud lagi. Berbillion umat Islam di dunia ni bergantung dgn sistem demokrasi, sosialis dan mcm2 sistem bukan Islam. Kita perlu mengukuhkan kerjasama agar dakwah lebih berkesan...
ReplyDeleteberdakwah ni leh dalam byk cara...terpulang pada kita nk guna pendekatan yg mcm mn dan yg sesuai....
ReplyDeletecakap mmg mudah tp nk laksanakannya...ya Allah....berattt
ReplyDeleteSepakat membawa berkat.
ReplyDeleteApa yang penting??? KERJASAMA