Assalamualaikum ...
Jangan Tamak Kumpul Harta | Bismillah . Harta benda dan wang ringgit merupakan asas bagi segala urusan hidup di dunia ini . Justeru itu Islam menggalakkan umatnya berusaha mengumpulkan harta sebaik mungkin di samping melarang umatnya bersikap meminta - minta .
Firman Allah yang bermaksud :
" SERTA kamu pula sayangkan harta secara tamak haloba . "
( Surah al - Fajr : 20 )
Jangan Tamak Kumpul Harta
Dalam pada kita bertungkus lumus mencari kekayan itu kita perlu mengikuti lunas - lunas yang ditetapkan syarak . Kita dilarang mengamalkan riba , menipu , mendapat hasil yang haram dan sebagainya .
Golongan fakir dan miskin yang memerlukan bantuan juga tidak boleh diabaikan .Golongan kaya hendaklah membantu mereka dan dilarang bersikap tamak dan kedekut . Ini kerana di dalam harta mereka itu ada hak orang miskin yang perlu diagihkan ( zakat yang wajib dikeluarkan ) .
Sikap takbur dan sombong hendaklah dikikis , harta kekayaan yang dimiliki hanya sifat sementara dan boleh ditarik semula oleh Allah s.w.t. pada bila - bila masa yang dikehendakinya .
Seseorang yang kaya harta tetapi miskin budi juga tidak dipandang tinggi dalam masyarakat .
Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud ;
" Bukanlah kekayaan itu kerana mempunyai banyak harta , tetapi kekayaan yang sebenarnya ialah kaya jiwa . "
Harta Dunia Tidak Kekal
Umat Islam dilarang bersikap tamak , takbur dan bakhil dengan harta kekayaan yang dimiliki . Sesungguhnya harta dunia tidak akan kekal dan tidak dibawa mati .
Oleh itu , belanjakanlah harta tersebut sebaik mungkin agar mendapat keredhaan Allah s.w.t. ketika hidup di dunia mahupun di akhirat kelak .
TQ berkongsi sis..
ReplyDeleteKlu dah terlalu sibuk mengumpul harta pasti akhirat akan terabai... org kata biarlah seimbang...kan...
Assalamualaikum Vee,
ReplyDeleteT.kasih atas perkongsian ini.. mudah-mudahan kita terhindar dari sifat yang sedemikian.
saya juga berharap jangan terlalu cinta dengan dunia..
ReplyDeleteKaya jiwa...
ReplyDeleteAda juga orang yg hartanya melimpah ruah..tapi hatinya tidak tenang...susah juga kan.