Royal Floria Putrajaya 2016


Royal Floria Putrajaya 2016 | Perbadanan Putrajaya sekali lagi melalui Putrajaya Floria Sdn.Bhd. telah menganjurkan Floria Putrajaya bagi edisi ke sembilan tahun ini dengan tema diraja , Royal Floria Putajaya 2016 .

  Royal Floria Putrajaya 2016

Royal Floria Putrajaya 2016


Royal Floria Putrajaya 2016 ini berlangsung sempena musim cuti sekolah supaya ibu bapa diseluruh Malaysia dapat menggunakan masa yang ada untuk membawa anak-anak mengunjungi pesta floria terbesar di Malaysia ini .

Penyertaan Royal Floria Putrajaya 2016 bukan sahaja dari dalam negara bahkan dari luar negara juga seperti  Australia, China, Hong Kong, Indonesia, Japan, Germany, Korea, Macau, Malaysia, Spain, Singapore, Taiwan, Thailand and Europe . 

Pameran turut melibatkan indoor dan outdoor  dari agensi kerajaan , swasta , sekolah, universiti , badan korprat dan persatuan di mana 400,000 pelbagai spesis pokok , kultivar bunga serta tanaman hiasan akan dipamerkan di tapak pameran seluas 11.2 hektar . 

Selain itu terdapat juga 300 aktiviti harian akan dijalankan sepanjang Royal Floria Putrajaya 2016 berlangsung seperti demonstrasi gubahan bunga , bengkel berkebun , acara hiburan , pertandingan fotografi , pertandingan cat air serta seni dan kraf .

  Royal Floria Putrajaya 2016

Maklumat Lengkap Festival


Berbeza dengan tahun lepas , tahun ini kemasukan adalah menggunakan tiket . Berikut adalah malumat lengkap Royal Floria Putrajaya 2016 .

  • Tarikh : 27 Mei hingga 4 Jun 2016
  • Masa: 8.00 pagi hingga 11.00 malam (Isnin- Ahad)
  • Lokasi : Anjung Floria, Presint 4, Putrajaya
  • Koordinat GPS : 2°54’46.1″N 101°40’44.1″E (2.912806, 101.678917) 
  • Tema : Magical World of Floria
  • Bunga Tema : Bunga kekwa atau Chrysanthemum 
  • Anjuran : Perbadanan Putrajaya
  • Diuruskan Oleh :  Putrajaya Floria Sdn. Bhd. (PFSB)
  • * Akan dikemaskini dari masa kesemasa
    Tiket masuk (early bird sehingga 25 May 2016) 

    RM6.00 Dewasa MyKad (Harga asal RM7.50)
    RM2.50 Kanak-kanak MyKid/ Senior citizen/ Disabled (Harga asal 3.50)
    Magical Garden : 
    RM10.50 Dewasa MyKad
    RM5.50 Kanak-kanak MyKid/ Senior citizen/ Disabled
    • Pembelian Tiket : Kaunter tiket di pintu masuk atau melalui pembelian melalui Putrajaya Mobile Apps application .

Untuk maklumat lanjut , boleh klik di SINI .


1 Response to "Royal Floria Putrajaya 2016"

TERIMA KASIH SUDI KOMEN ... INSHAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA ...