Penyebab Kepada Sakit Kepala Yang Anda Perlu tahu | Sakit kepala sering menyerang ramai orang . Selalunya mereka yang menghadapi tekanan mudah diserang sakit kepala . Tekanan tersebut seperti tekanan dalam menjalankan tugas , menghadapi peperiksaan , menyelesaikan masalah , kewangan yang mendesak dan sebagainya .
Penyebab Kepada Sakit Kepala Yang Anda Perlu tahu
Sakit kepala sering menyerang dalam watu yang tidak dijangka . Pun begitu , setiap orang yang mengalami sakit kepala disebabkan faktor yang berbeza .
Berdasarkan kajian para penyelidik mendapati ada beberapa sebab utama yang menyebabkan sakit kepala menyerang secara tiba-tiba antaranya :
1- Meninggalkan Makan
Lapar adalah penyebab biasa kepada penyebab sakit kepala . Bila anda lapar , gas yang dilepaskan dalam perut yang kosong akan memberi kesan kepada kepada kepala anda .
2- Dihedrasi Ringan
Minum minuman yang berat pada lewat malam seperti air kopi dan minuman keras boleh menyebabkan sakit kepala walaupun dalam jumlah yang sedikit . Ianya boleh menyebabkan gangguan keupayaan berfikir secara jelas dan mood anda juga .
3- Kurang Tidur
Kajian menunjukkan orang yang tidur pada kadar 6 jam semalam , lebih cenderung mengalami sakit kepala berbanding orang dapat tidur lebih / secukupnya .
4- Deadlines Kerja
Pernahkah anda sedar sakit kepala anda menyerang pada waktu tertentu ? Contohnya ketika anda perlu menghabiskan kerja atau anda ada tempoh yang ditentukan ( deadlines ) untuk menyelesaikan kerja ? Kajian menunjukkan bahawa tekanan boleh menyebabkan sakit kepala secara mendadak .
Kaitan antara tekanan dan sakit kepala adalah kompleks . Pun begitu , ada cara untuk membantu melawan tekanan . Contohnya seperti melakukan yoga .
5- Kilat
Ribut bersama kilat dan petir dikaitkan dengan sakit kepala dengan kadar yang tinggi berdasarkan nitrogen dioksida . NO2 terhasil daripada pancaran kilat disebabkan oleh reaksi elektrostatik .
6- Kesesakan Trafik
Tekanan dikenali sebagai permulaan kepada sakit kepala . Kita semua tahu bahawa berada dalam kesesakan trafik menjadikan kita sangat tertekan terutamanya jika anda perlu bergerak segera . Tetapi itu bukanlah penyebab utama sakit kepala .
Gas nitrogen dioksida yang dibebaskan oleh kenderaan ke udara adalah penyebabnya .Penyelidik dari Israel dan Kanada telah membuktikan hubungan saluran darah mengecut dengan NO2 - keradangan membawa kepada sakit kepala pada kadar yang lebih tinggi .
Terima kasih atas perkongsian ini... Baru je tau pasal faktor-faktor yang menyumbang sakit kepala... Selalu jugak sakit kepala nie...
ReplyDeletealamak..saya tidur selama 4 jam sehari sejak kebelakangan ini..memang ada terasa juga sakit kepala nie
ReplyDelete