Alternatif Rawatan Kanser Ganti Kimo Yang Lebih Berkesan


Alternatif Rawatan Kanser Ganti Kimo Yang Lebih Berkesan | Kanser merupakan penyakit yang paling digeruni di dunia . Ini kerana , kanser disahkan sebagai penyakit pembunuh senyap nomor 1 di dunia . Tiada siapa tahu di dalam badan mereka terdapat sel kanser hanya selepas mendapat pengesahan doktor . Selalunya , kanser hanya dapat dikesan bila sudah berada di tahap kronik .

Kimoterapi


Kimoterapi merupakan kaedah rawatan utama melawan kanser yang terdapat dihospital . Rawatan kimoterapi adalah bertujuan untuk membunuh sel-sel kanser . Tahukah anda bahawa rawatan kimoterapi bukan sahaja membunuh sel-sel kanser tetapi juga membunuh sel-sel sihat . Oleh sebab itulah , mereka yang mendapatkan rawatan kimoterapi , badan mereka semakin lemah .

Selain itu , rawatan kimoterapi memerlukan belanja yang mahal . Pada masa yang sama , pesakit kanser yang mahu sembuh sepenuhnya , perlu melakukan rawatan kimoterapi lebih dari 3 kali berdasarkan tahap kanser yang mereka hidapi . Tak semua pesakit kanser mampu untuk membayarnya . 


Alternatif Rawatan Kanser Ganti Kimo Yang Lebih Berkesan


Alternatif Rawatan Kanser Ganti Kimo Yang Lebih Berkesan


Untuk mengatasi dan merawat kanser selain menggunakan kaedah kimoterapi , ada beberapa alternatif yang boleh digunakan di mana ianya tidak melibatkan belanja yang besar dan golongan biasa juga mampu melakukannya .

Antara rawatan alternatif kanser yang boleh diamalkan adalah :

1) RAWATAN JIWA


(Tanpa Kos / tapi memerlukan ilmu)
Tiada rawatan yang lebih utama dari rawatan jiwa. Iaitu memujuk diri sendiri untuk merasa 'syukur' atas apa yang berlaku dan menganggapnya sebagai satu 'rahmat'. Jika kita memahami pesanan rasulullah SAW dengan baik. Terdapat nas yang jelas menyatakan bahawa penyakit adalah penghapus dosa dan pengangkat darjat di sisi Allah. Ia adalah satu 'tiket' untuk memudahkan kita ke syurga. Jadi, menerima tiket ke syurga adalah suatu yang patut disyukuri dan dianggap sebagai rahmat.
Rawatan jiwa adalah lebih kepada menjaga hal fardhu sebaik mungkin dalam masa yang sama menjauhi dosa. Itu sahaja. Namun, untuk mencapai rasa tenang yang lebih mendalam. Kita perlu melakukan terapi zikrullah. Membaca ayat 33 setiap pagi dan petang serta melazimi apa-apa zikir yang senang untuk dilafazkan.
Selalunya , sebaik sahaja seseorang disahkan mengidap kanser, pesakit tidak dapat mengawal emosi. Tidak mampu menerima takdir dengan redha. Penyakitnya akan menjadi sangat agresif dan tubuhnya akan menjadi lemah serta merta. Tiada guna meneruskan rawatan bagi orang yang sudah 'Mati' semangat dan sudah rosak 'Sangka baiknya' pada kehidupan. Ubat tidak akan mampu memberi banyak kesan jika jiwanya sudah punah.

2) RAWATAN PEMAKANAN (DIET)


(Kos harian sedikit bertambah)
Diet pemakanan adalah rawatan paling mujarab dalam mempastikan penyembuhan. Pemakanan seperti gula, daging merah, protein, produk tenusu, msg dan makanan segera adalah 'musuh' utama kepada tubuh pesakit kanser. Jika pesakit membuat kimoterapi atau apa sahaja rawatan tanpa mengamalkan diet yang betul. Semuanya akan jadi sia-sia. Kita melihat ramai pesakit kanser yang melakukan kimoterapi tetapi tiada perubahan, itu pasti kerana dietnya tidak betul.
Pengalaman saya sendiri, saya pernah melalui proses rawatan alternatif yang panjang. Pada awalnya saya masih boleh menahan 'pantang'. Tetapi, setelah berbulan-bulan menahan pantang. Saya tewas. Saya fikir diet hanya untuk beberapa bulan sahaja. Keadaan saya makin sihat dan saya 'sengaja' mengabaikan diet kerana selera makan yang tidak mampu dikawal. Akibatnya, keadaan saya menjadi sangat teruk dalam masa dua minggu sahaja. kanser saya menyerang organ utama seperti tulang belakang dan buah pinggang. Saya mula berpantang dengan serius semula. Alhamdulillah, keadaan masih boleh diperbaiki.
Apabila saya merujuk kepada beberapa doktor yang mengidap kanser dan sembuh. Mereka memberitahu kepada saya satu perkara penting. Pantang pesakit kanser adalah selama 5 TAHUN. Iya, 5 Tahun. Kenapa perlu lima tahun. Ini kerana kanser tidak akan hilang dan boleh menyerang dalam masa lima tahun pertama. Jika anda sembuh dan sihat dari serangan selama 5 tahun. Barulah bermakna tubuh anda sudah mampu melawan kanser sepenuhnya. Namun, itu hanya kemungkinan sahaja. Jika anda kembali kepada diet yang teruk dan tidak sihat. Anda kemungkinan akan diserang oleh KANSER JENIS LAIN pula.

3) RAWATAN AYAT AL-QURAN


(Tanpa kos / hanya perlu usaha dan masa)
Rawatan ayat al-Quran adalah dengan merujuk kepada beberapa petikan ayat dari 8 surah. Anda boleh carinya di dalam internet. Google dan cari "ayat melawan sel kanser". Bacakan ayat ini pada air untuk minuman dan mandian.
Boleh tengok di banyak web, antaranya :
http://kekalsehat.blogspot.com/…/doa-dari-ayat-al-quran-unt…
http://cancer-b17.blogspot.com/…/doa-doa-untuk-memusnahkan-…
Namun, bagi yang mahu menemui perawat Islam di darul syifa. Saya memberi penekanan agar 'berbuat' demikian. Ini kerana kebanyakan penyakit KANSER ada kaitan dengan sihir dan jin. Ia adalah penyakit yang dibawa oleh makhluk halus. Saya mendorong dan menggesa tuan puan yang terkena kanser agar mencari PERAWAT ISLAM yang betul. Bukan mencari bomoh!

4) RAWATAN B17


Rawatan B17 ini terdapat melalui pemakanan dan suntikan. Bagi pemakanan, ia tidak memerlukan kos yang terlalu besar. Namun bagi yang ingin mendapatkan suntikan. Kosnya agak besar. Saya akan perincikan maklumat berkaitan suntikan B17 dalam link di bawah bahagian ini.

PEMAKANAN B17


(Perlukan kos minimum sebanyak RM400 sebulan untuk produk ini)
B17 adalah vitamin yang wujud dalam biji aprikot dan pelbagai sayuran lain. Bagi saya adalah ubat yang 'Sangat mujabarab'. Saya tidak kata ia menyembuhkan, kerana bagi saya ALLAH SAHAJA PENYEMBUH segala penyakit. Namun, sepanjang saya mengambil B17. Saya sudah mencuba banyak produk biji aprikot. Saya tidak nafikan produk di pasaran semakin banyak. Cuma, hati-hati dengan penjual yang meletakkan harga sesuka hati. Saya sudah menemui peniaga yang harga produknya "DI BIBIR". Tiada tanda harga yang tetap. Hari ini sekian, esok harganya sekian. Peniaga seperti ini WAJIB DIJAUHI demi menjaga kewangan anda.
Saya syorkan pesakit mencari produk AFDHAL. Ia sudah dilabelkan, dipakejkan dengan baik, harganya sudah tetap dan dijual dalam pasaran menerusi kelulusan dari KDN. Ini produk yang telah mengubah banyak keadaan tubuh saya. Ia mujarab dan saya mengesyorkan agar tuan puan membeli produk ini.
Peringatan saya. Jika tuan puan mahu mencari vitamin B17. Cari dari orang yang 'jujur' dan tidak mengambil peluang.

SUNTIKAN B17


Untuk rawatan B17, saya ingin mengingatkan tuan-puan bahawa ada beberapa pihak yang menawarkan suntikan B17 dengan harga yang SANGAT TINGGI. Namun kaedah dan rawatannya tidak meliputi banyak perkara. Suntikan rawatn B17 perlu dilakukan secara intensif melalui pengawalan diet pemakanan, pengamalan jus kanser, berbekam, rawatan terapi jiwa dan sebagainya. Saya sekadar mengingatkan jika tuan puan ingin mencari kaedah rawatan ini. Maka berhati-hatilah, jangan tersalah memilih orang. Nanti duit melayang dan kesannya sangat kurang. Saya ingin mengesyorkan bagi yang ingin mendapat suntikan B17. Sila rujuk dua link di bawah ini. Sila baca dengan teliti.
Di dalam link ini saya akan bercerita berkaitan "Wujudkah Pesakit Kanser yang Kembali Sihat Tanpa Kimoterapi".

5) RAWATAN OZON


(Kos yang agak mahal. Sekali rawatan sekitar RM350. Biasanya rawatan ini dibuat sebulan sekali atau sebulan dua kali)
Rawatan ozon agak mahal, tetapi berbaloi. iaitu rawatan mencuci darah. Ia bukan seperti dialisis. Rawatannya hanya sejam - sejam setengah. Ia bertujuan mengeluarkan toksik dalam darah, kolesterol dan menambahkan oksigen. Saya sudah melakukannya lebih dari 10 kali dan ia membantu saya untuk kembali sihat. Tidak kira apa jenis kanser, ia sangat membantu. Sekarangpun saya masih melakukannya. Pengalaman saya sendiri, sewaktu keadaan saya kembali kritikal disebabkan melanggar pantang. Saya terus ke pusat terapi ozon untuk mencuci darah. Keadaan saya langsung bertambah baik.
Justeru, bagi pesakit kanser yang punya 'wang lebih'. Jangan ragu-ragu mencuba rawatan ozon. Hampir semua pusat rawatan ozon di Malaysia ini dikendalikan oleh doktor dan jururawat. Tidak perlu risau dan ragu.

JUMPA PERAWAT YANG BETUL & JANGAN MUDAH AMBIL UBAT KAMPUNG


Saya mendoakan agar apa sahaja usaha yang tuan puan lakukan untuk berubat, semoga ia bertambah baik. Jangan putus berdoa dan meminta panduan dari Allah. Biar Allah bimbing kita setiap masa dalam membuat keputusan. Saya pernah dengar pesakit kanser yang sudah disahkan kanser oleh doktor pergi jumpa bomoh hantu. Ini perbuatan sia-sia malah membawa kepada syirik. Dua kali rugi.
Satu lagi, jika ada orang menawarkan makanan organik seperti pucuk, daun, buah dan tumbuhan yang dikatakan 'mujarab' untuk melawan kanser. Jangan ambil dan makan selagi mana tidak jelas tentang dosnya. Ada orang yang minum air rebusan akar kayu. Minum sampai habis satu periuk, tiba-tiba kena serangan jantung. Ada yang makan ubat herba tanpa kelulusan KKM. Ada kesan sampingan. Sebaiknya, waspada dan jangan mudah terima produk yang 'dikempen' selagi mana belum ada pesakit kanser lain mengesyorkan. Sebaiknya, ambil beberapa kenalan yang mengidap kanser dan refer pada pemakanan mereka.
PENUTUP
Secara umumnya saya ingin nyatakan bahawa ini adalah artikel pertama yang saya tulis untuk berkongsi pengalaman. Saya juga ada bertemu dengan pesakit kanser lain dan mendengar pengalaman mereka. Namun, masa tak cukup untuk menulis panjang. Apapun saya ingin tegaskan bahawa "Kimoterapi" tetap ada kebaikan bagi 'golongan' tertentu yang tidak mempunyai masalah kewangan dan tekanan hidup. Bagi yang berkeadaan seperti saya, anda perlu menimbang sebelum membuat apa-apa rawatan. Semoga selamat menempuh kehidupan baru.


2 Responses to "Alternatif Rawatan Kanser Ganti Kimo Yang Lebih Berkesan"

  1. Banyak juga kaedah yang boleh digunakan untuk rawatan kanser ni ye.. Alternatif pelbagai ini sedikit sebanyak dapat membantu golongan sederhana.

    ReplyDelete
  2. banyak juga kaedah nak rawat kenser selain kimo..

    ReplyDelete

TERIMA KASIH SUDI KOMEN ... INSHAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA ...