Assalamualaikum ...
Jangan Tamak Rezeki | Bismillah . Rezeki kita perlu cari . Ada yang dapat rezeki melimpah ruah , ada pula yang kerja membanting tulang siang dan malam tapi rezeki setakat itu saja . Tanpa rezeki , sukar bagi kita untuk teruskan kehidupan . Jangan sekali - kali anda mengeluh kerana rezeki itu pemberian Allah dan hak Allah . Jika rezeki sedikit , kita bersyukur . Jika rezeki banyak , kita kongsi dengan orang sekeliling kita dan mereka yang memerlukan . Jangan tamak rezeki kerana Allah pasti akan membencinya dan Allah pasti boleh mengambil rezeki anda sekiranya DIA kehendaki .
Sebagaimana firman Allah yang bermaksud ;
" Dan jika kamu menghitung nikmat Allah, tidaklah dapat kamu menghitungnya. Sesungguhnya manusia itu sangat zalim dan sangat mengingkari ( nikmat Allah ) . "( Surah Ibrahim ; 34 )
Menurut Umar bin Khattab r.a. , bahawasanya saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda :
" Jika kamu bertawakal kepada Allah dengan sebenar - benarnya , nescaya Allah akan memberikan rezeki kepada kamu seperti seekor burung . Pagi - pagi keluar dari sarangnya dalam keadaan lapar dan pulang di malam hari dalam keadaan kenyang . "( HR Ahmad dan Tarmizi )
Jangan Tamak Rezeki
Bila kita memiliki rezeki , tidak kira banyak ataupun sedikit , bersedekahlah atau berkongsilah dengan orang lain . Jangan tamak rezeki kerana tamak rezeki tidak boleh membantu anda di akhirat kelak malah akan mebebankan . Anda juga perlu bersoal jawab dengan malaikat tentang kemanakah rezeki itu anda belanjakan . Adakah anda berkongsi rezeki dengan anak yatim dan fakir miskin ?
Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya ;
Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya ;
" Andai engkau telah memiliki dua lembah emas , nescaya anda bercita - cita untuk mendapat yang ketiga . Dan tidaklah ada yang mampu menghentikan cita - cita daripada mengumpulkan harta kekayaan selain tanah ( kematian ) . Dan Allah menrima taubat orang yang kembali kepadanya . "( Riwayat Muttafaqun Alaih )
Orang Tamak Selalu Rugi
Pernahkah anda dengar peribahasa orang tamak selalu rugi ? . Dah biasa kan . Pernahkah anda terfikir mungkin rezeki yang anda tidak mahu kongsi dengan orang lain itu , bila masuk ke dalam perut anda , akan menghasilkan pelbagai penyakit ? Bila anda menghidapi penyakit , adakah duit yang banyak itu dapat mengubati penyakit ? Belum tentu . Sebaliknya jika anda rajin berkongsi rezeki , insha Allah ianya akan dapat mengurangkan penyakit - penyakit anda .
“ Dan adapun orang-orang yang kedekut dan merasa dirinya cukup (bebas), dan mendustakan pahala yang terbaik, maka untuknya Kami akan menyiapkan (jalan) yang sukar. Sedang hartanya tidak berguna baginya apabila dia binasa.” (Al-Lail: 8 – 11)
Manfaat Tidak Tamak Rezeki
Apabila kita memberi pada orang lain , maka malaikat akan yang berada di kanan kita akan berdoa kepada Allah supaya memberi sekali ganda dari rezeki yang kita sedekahkan .
“ Wahai manusia, bertaubatlah kepada Allah, sebelum kamu mati. Bersegeralah melakukan amalan amalan salih sebelum kamu kesibukan dan hubungilah antara kamu dengan Tuhan kamu dengan membanyakkan sebutan (zikir) kamu kepadaNya dan banyak bersedekah dalam bersembunyi dan terang-terangan, nanti kamu akan diberi rezeki, ditolong dan diberi kesenangan .” ( H.R Ibnu Majah )
“ Dan apa-apa suatu yang kamu belanjakan, maka Dia akan menggantikannya; dan Dia adalah sebaik-baik Pemberi rezeki .” ( Saba’: 39 )
Sedekah Rezeki Hindar Api Neraka
Maksudnya : Daripada Adiy bin Hatim, ia berkata :
"Saya mendengar Rasulullah Sallallahu alaihi Wasallam bersabda : "Hindarilah api neraka walaupun (dengan memberi sedekah) sebelah buah kurma. "
Elak Rezeki Di tahan Allah
Sekiranya anda mahukan rezeki yang melimpah ruah , jangan tamak rezeki . Berkongsilah dengan mereka yang ada di sekeliling anda . Ketahuilah , rezeki yang anda miliki adalah pemberian Allah walaupun fizikalnya anda yang mencari dengan bekerja bertungkus lumus . Elak rezeki di tahan Allah itu adalah sebaik - baik perkara .
Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud ;
" Bersedekahlah kamu , dan jangan ( terlalu ) lama disimpan dan ditahan . Sebab jika demikian , Allah akan menahan ( rezeki- Nya ) untukmu . "( Hadis Riwayat Bukhari )
Kongsi Rezeki Dengan Ikhlas
Keikhlasan ini memang sangat penting . Bukan setakat berkongsi rezeki malah segala apa yang kita lakukan mestilah ikhlas kerana Allah . Tanpa keikhlasan itu , anda ibarat membuang rezeki sahaja . Duit habis , pahala anda tak dapat . Justeru itu , kongsilah rezeki dengan ikhlas .
“ Dan janganlah engkau memberi (dengan maksud) memperoleh (balasan) yang lebih banyak .”
( Al-Mudathir: 6 )
tamak tak membawa kita ke mana2 kecuali ke neraka...
ReplyDeletesalam singgah sini...betul tu...terima rezeki dengan seadanya...
ReplyDeleteIndeed...Rezeki yang dikongsi pasti akan bertambah...
ReplyDeleteBerkongsi rezeki semoga lebih berkat ^-^
ReplyDeleteSokong...
ReplyDeleteTerima kasih Vee, betul tu rezeki tu pemberian Allah ....bila bila masa pun Allah boleh tarik....moga kita tergolong dlm golongan org yg pemurah hendaknya
ReplyDeleteMasih saya ingat pesanan ustaz bahawa sesetengah rezeki kita yg melimpah ruah itu ada bahagiannya utk org lain. Jngnlah kita tamak sbb Allah jua yg memberi rezeki.. T kasih atas perkongsian Vee..
ReplyDeleteimotiv je pulak...
betul tu...makin kita bersedekah..makin banyak rezeki Allah bagi...
ReplyDeletebetul sangatlah tu vee
ReplyDeletelagi banyak kita beri, lagi banyak kita terima