Assalamualaikum ...
Menghormati Orang Lain | Bismillah . Dunia hari ini telah menjadikan manusia kurang menghormati dan menyayangi orang lain , jarang mengajak manusia melakukan kebaikan malah membiarkan kemungkaran berlaku didepan mata . Semakin ramai juga yang tidak menghormati
pemimpin dan pembesar kerana pemimpin zaman ini tidak lagi sama sebagaimana di zaman Rasulullah dan para sahabat yang menjadikan agama sebagai tunjang dalam menjalankan tugas mereka .
pemimpin dan pembesar kerana pemimpin zaman ini tidak lagi sama sebagaimana di zaman Rasulullah dan para sahabat yang menjadikan agama sebagai tunjang dalam menjalankan tugas mereka .
Daripada Ibn Abbas r.a. , daripada Nabi s.a.w sabdanya :
" Bukan dari kumpulan kita mereka yang tidak menghormati orang tua dan tidak menyanyangi anak kecil kita dan tidak menyuruh dengan perkara makruf dan tidak mencegah daripada perkara mungkar . "
( Riwayat Tarmizi ) .
Menghormati Orang Lain Dituntut Dalam Islam
Dalam hadis ini , Rasulullah s.a.w. ada menegaskan bahawa orang yang diakuinya sebagai umatnya ialah mereka yang mempunyai akhlak dan adab sopan yang mulia terutama terhadap orang - orang tua atau pemimpin dan pembesar dalam kalangan mereka kerana mereka itu perlu dihormati dan disanjung sesuai dengan kedudukan mereka masing - masing . Begitu juga terhadap anak - anak dan mereka yang lebih muda dan kecil atau fakir miskin dan lain -lain golongan mereka yang menderita dari kalangan masyarakat . Di samping itu mereka tidak lupa tugas menyeru dan menyuruh manusia melakukan kerja - kerja kebaikan dan melarang daripada perkara keji dan mungkar .
Kesimpulan
Sifat terpuji dan akhlak mulia adalah pakaian Muslim . Ia perlu dihayati oleh mereka yang mengakui dirinya sebagai Muslim kerana setiap umat Islam itu perlu menghormati orang tua dan menyanyangi anak kecil serta menyuruh dengan kerja kebaikan dan melarang perkara kemungkaran .
Hanya dengan memiliki akhlak yang benar2 terpujai kita mampu menghormati orang lain. Dunia dipenuhi orang2 'bodoh' dan jahil maka kesabaran yang tinggi sahajalah yg memungkinkan kita menghormati orang lain dengan seikhlasnya..
ReplyDeleteTerima kasih atas perkongsian bermanfaat....
ReplyDeletesedih tengok kejadian sekarang... khilaf seseorang dicaci... sedangkan mampu menegur secara berhemah :)
Paling menyedihkan bila Islam sendiri memperlekehkan seruan kebaikan yg berteraskan sunnah. T kasih atas peringatan & perkongsian ini. Promoted content sbg penghargaan sahabat.. :)
ReplyDeleteMemang wajib ajari anak-anak menghormati mereka yang lebih berusia dan menyanyangi yang lebih muda..
ReplyDeletesetuju!
ReplyDeleteistilah hormat tu pun ada banyak skop dia
tapi tulah, zaman sekarang sungguh menyedihkan
Hormat menghormati...baru lah dapat hidup aman damai...
ReplyDeletekalau kita menghormati org lain insyaAllah orang lain akan menghormati kita..yg ptg kita kena hormat orang dulu...hihihi
ReplyDeleteBeruntungnya mereka yg berakhlak mulia...bahagia hidup mereka didunia kerana disukai, bahagi di akhirat jua
ReplyDeletehormat diri sendiri sblm hormat org lain
ReplyDelete