Tahukah Anda Punca-Punca Penyaki Mental ?


Tahukah Anda Punca-Punca Penyaki Mental ? | Penyakit mental berlaku adalah bila seseorang itu tidak tahu apa yang dilakukan . Mereka ini disebut juga sebagai gila . Mereka hanya melakukan perkara yang mereka sering lakukan dan perlakuan mereka itu adalah tidak normal . 


Tahukah Anda Punca-Punca Penyaki Mental ?

Tahukah Anda Punca-Punca Penyaki Mental ?


Pesakit mental atau gila ada yang tidak menganggu orang tetapi banyak juga kes yang perlakuan mereka membahayakan orang lain . Penyakit mental ini berlaku atas banyak sebab antaranya :


1) KETURUNAN



Apabila ada di kalangan keluarga kita yang mengidap penyakit mental, risiko untuk mendapat penyakit mental akan meningkat.



Perlu diingat sekali lagi, informasi ini bukanlah untuk mencari siapa punca penyakit.

"Ni semua salah awak anak kita dapat penyakit ni. Keluarga saya ok je semua" kata seorang suami kepada isterinya.

Kita tidak mahu situasi seperti ini terjadi.

Mengetahui informasi ini adalah untuk langkah berjaga - jaga dan persediaan. Pernah ada pasangan yang kedua-duanya mengidap penyakit mental ingin mendirikan rumah tangga. Keputusan mereka tidak boleh dihalang, namun mereka perlu tahu risiko kepada perkahwinan tersebut. Jika mereka dan keluarga sanggup menerima risiko .


2) KECEDERAAN OTAK



Apa - apa insiden yang melibatkan kecederaan kepada otak, boleh mengakibatkan penyakit mental.

Justeru, pesakit dan keluarga perlu TAHU dan BERSEDIA dengan risiko ini agar rawatan awal dapat dimulakan.

RAWATAN AWAL SANGAT PENTING. Kerana, rawatan awal sangat mempengaruhi respon pesakit terhadap rawatan yang diberikan.



3) KECACATAN OTAK SEJAK LAHIR



Ada anak istimewa yang ditakdirkan Tuhan dengan fungsi otak yang terjejas sejak awal kelahiran. Ia boleh disebabkan oleh komplikasi sewaktu mengandung, melahirkan anak.

Ibu bapa perlu tahu tentang fakta ini agar mereka tidak terlalu terkejut dengan keadaan anak ini pada masa akan datang.

Mereka juga perlu sedar akan hal ini agar rawatan awal dapat dimulakan sekiranya anak istimewa tersebut mula menunjukkan simptom - simptom penyakit mental.

Ingat, LEBIH AWAL RAWATAN DIMULAKAN, LEBIH BAIK.



4) TEKANAN / STRESS



Jika 3 punca sebelum ini lebih kepada perkara yang terjadi kepada kita (ATAU PERKARA YANG TIDAK DAPAT DIKAWAL), tekanan atau stress adalah risiko yang boleh dikawal jika dikendalikan dengan baik.

Atas dasar inilah, PENJAGAAN KESIHATAN MENTAL YANG BAIK sangat ditekankan.

Kita perlu ilmu tentang pengurusan stress yang baik. Malah, bukan sahaja tahu ilmu tersebut, ILMU TERSEBUT PERLULAH DIAMALKAN.

Jika anda berminat untuk tahu lebih lanjut tentang pengurusan stress, KOMEN "SAYA NAK" DI BAWAH.



5) PENYALAHGUNAAN DADAH DAN PENGGUNAAN ALKOHOL YANG BERLEBIHAN



Punca ini juga adalah perkara yang boleh kita kawal. Tahukah anda, kes - kes berkaitan penyakit mental akibat penyalahgunaan dadah dan alkohol semakin meningkat setiap tahun?

Justeru, sama - sama kita jauhi, dan pastikan keluarga serta komuniti kita tidak terlibat dengan najis ini.



0 Response to "Tahukah Anda Punca-Punca Penyaki Mental ?"

Post a Comment

TERIMA KASIH SUDI KOMEN ... INSHAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA ...