Tahukah Anda : Tanda-tanda Badan Tinggi Kolesterol | Kolesterol merupakan lemak yang sukar untuk terbakar dalam badan . Kolesterol berkumpul akibat dari gaya pemakanan anda . Jika anda suka makan daging , makan makanan bergoreng , makanan segera , makan kek ,ais krim dan sebagainya dan anda tidak melakukan senaman , maka anda akan menyimpan kolesterol daam badan anda .
Tahukah Anda : Tanda-tanda Badan Tinggi Kolesterol
Jika anda mengalami 14 gejala seperti berikut yang dinyatakan, segeralah berkunjung ke hospital berdekatan untuk menyemak bacaan kolesterol dalam darah. Jika rasa tidak selesa ke hospital, boleh juga membuat semakan di kedai-kedai farmasi.
Berikut adalah tanda-tanda badan anda tinggi kolesterol .
1.Sakit pada kaki
Gejala umum akibat tinggi kolesterol ialah rasa sakit pada bahagian kaki atau timbul rasa tidak selesa di bahagian kaki.
Hal ini disebabkan oleh tersumbatnya arteri sehingga aliran darah yang sepatutnya masuk ke kaki menjadi terbantut.
Rasa sakit ini juga boleh merebak di seluruh kaki, seperti betis, paha, bahkan hingga ke punggung.
2. Kejang (cramp) di malam hari
Menurut Dr. Darren Schneider, ketika tidur, orang-orang yang kolesterol tinggi mungkin merasakan kejang di bahagian tumit, jemari kaki, atau kaki bahagian bawah.
Rasa sakit akan hilang jika kedudukan kaki digantung atau berada lebih tinggi dari kedudukan badan.
Mudahnya, anda hanya perlu mengangkat kaki ketika tidur selama beberapa minit hingga kejang yang muncul hilang secara perlahan. Kaki boleh anda sandarkan pada dinding.
3. Kuku berubah
Kerana kuku tidak mendapat bekalan darah yang cukup akibat peredaran darah terganggu, akan berlaku perubahan seperti kuku menebal dan tumbuh lebih lambat selepas dipotong.
4. Kulit ikut berubah
Doktor sering melakukan pemeriksaan kolesterol pada seseorang yang telah mengeluh merasakan beberapa gejala kolesterol tinggi lain untuk memastikan dengan cara mengangkat atau menggantung atau meletakkan kaki di atas meja / bangku.
Pada awalnya, kaki akan berwarna putih kerana aliran darah terganggu. Tetapi, lama kelamaan terjadi perubahan warna menjadi kemerahan atau keunguan sebab pembuluh darah mengalami pelebaran dan darah mula teralir ke kaki.
Dr. Schneider juga mengatakan bahawa pesakit kolesterol akan melihat jari-jari kaki menjadi pucat ketika duduk kerana kurangnya peredaran darah.
5. Kaki menjadi sejuk
Penunjuk yang satu ini tidak boleh menentukan secara pasti, kerana pada beberapa orang juga sering merasakan kedua kakinya sejuk apabila disentuh, meski bukan sedang sakit (mungkin faktor cuaca di kawasan tempat tinggal).
Tetapi, Dr. Schneider menyeru semua orang untuk lebih berhati-hati apabila rasa dingin hanya terdapat pada satu kaki saja, kemungkinan besar itu tanda-tanda jumlah lipid dalam darah berlebihan.
Jika anda mengalami gejala yang satu ini, langsung rujuk pada doktor untuk mendapat maklumat dan kepastian lebih lanjut.
6. Proses pemulihan luka yang lambat
Gejala kolesterol yang satu ini berkaitan dengan ciri-ciri pesakit diabetes, luka (terutama di bahagian kaki) akan lambat sembuhnya.
Gangguan edaran darah menjadi penyebab luka lambat pulih, atau kalau pun cepat tapi tidak sembuh sepenuhnya.
7. Mati rasa (Kebas)
Seorang wanita pernah mengeluh bahawa beberapa jari tangannya mengalami kebas atau mati rasa, dan dirinya menganggap hal tersebut ada kaitan dengan penyakit gout.
Tetapi, setelah berkunjung ke doktor, ternyata rasa kebas tersebut adalah kesan sekaligus gejala kolesterol tinggi.
8. Cirit Birit
Dalam memetabolismekan lemak, tubuh mempunyai keupayaan menyerap satu pertiga keperluan kolesterol daripada makanan yang dimakan.
Secara semula jadi, hati dapat menghasilkan kolesterol sesuai dengan keperluan tubuh, tetapi pada keadaan tertentu hati tidak mampu mengenali keperluan tersebut sehingga mengalami masalah dalam memetabolismekan lemak.
Pada keadaan atau keadaan di mana tubuh tidak mampu memetabolismekan lemak secara sempurna, akan berpotensi menimbulkan masalah dalam sistem pencernaan dan penyerapan, sehingga gejala cirit-birit yang berlebihan merupakan salah satu kesannya.
9. Lesu dikuti migrain
Meskipun ini bukanlah gejala yang pasti berlaku, tetapi jika dilihat dari puncanya iaitu terganggunya proses metabolisme lemak, maka tentu juga akan memberi kesan pada sistem pencernaan.
Makanan yang dimakan tidak berjaya dicerna dengan baik sehingga terkumpul dalam saluran pencernaan menyebabkan rasa kenyang. Ini punca utama kenapa orang kurus juga tidak ketinggalan mengalami keadaan tinggi kolesterol.
Rasa kenyang yang timbul akan menghantar isyarat pada otak untuk tidak menambah pengambilan dari luar, sehingga muncul lesu dan kemudiannya akan dikuti migrain kerana sebenarnya tubuh dalam keadaan kekurangan tenaga.
10. Mengganggu otak, gangguan emosi, dan penurunan kemampuan memori
Otak adalah bahagian tubuh yang menjadi tempat simpanan kolesterol paling banyak, kira-kira 25%.
Oleh sebab itu, kegagalan proses metabolisme lemak membuat pengeluaran kolesterol darah terganggu.
Apabila kadar kolesterol LDL lebih tinggi daripada kolesterol HDL, otak akan menerima kesan seperti berkurangnya daya ingat, mudah emosi, dan mencetuskan penyakit Alzeimer beserta penyakit neurologi lain.
11. Perut kembung
Kerana berlaku masalah ketika mencerna makanan dan memetabolisme lemak, saluran pencernaan akan menyimpan lebihan gas yang terbantut di ruangan usus yang menghala keluar dari perut (sekitar duodenum).
Dari situlah awal mula timbul masalah seperti perut atau dada kembung.
12. Kelebihan berat badan
Lemak akan terkumpul di kawasan perut sebagai kesan sampingan dari gangguan metabolisme lemak.
Dengan itu, berat badan akan meningkat dan mengakibatkan kegemukan kerana sel-sel lemak semakin banyak, bahkan berpotensi menjadi obesiti.
13. Jantung terasa sakit atau mengalami palpitasi (berdebar-debar)
Berlebihnya kolesterol akan menyukarkan peredaran darah kerana terjadi penyempitan pembuluh darah pada bahagian badan yang mempunyai kolesterol tinggi.
Kesukaran tersebut akan memberi isyarat kepada jantung untuk bekerja mengepam darah lebih keras agar mengalir secara normal.
Kesan sampingan yang dirasakan oleh pesakit adalah rasa sakit di jantung dan ada kalanya merasa berdebar-debar seperti orang panik.
14. Lipoma
Keadaan dimana terjadi pengumpulan lemak mengakibatkan terbentuknya ketulan yang terletak di antara otot dan kulit yang secara perubatan mendapat sebutan lipoma.
Ketulan ini biasanya muncul di sekitar belakang badan, leher, tangan, perut, dan kaki dengan bentuk yang kecil dan lembut, berdiameter kira-kira satu inci, dan pusat tumor di bawah kulit.
0 Response to "Tahukah Anda : Tanda-tanda Badan Tinggi Kolesterol"
Post a Comment
TERIMA KASIH SUDI KOMEN ... INSHAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA ...