Assalamualaikum ...
Keperluan Berdoa Di Setiap Langkah Wudhu' | Dengan lafaz Bismillah . Sebelum melakukan solat , kita diwajibkan berwudhu' untuk membersihkan anggota - anggota tertentu yang dianjurkan dalam Islam . Tahukah anda dalam setiap langkah wudhu' itu kita juga disunatkan untuk berdoa ?
Keperluan Berdoa Di Setiap Langkah Wudhu'
Dalam buku Ihya Ulumuddin , Imam Al - Ghasali telah menghuraikan keperluan kita berdoa di setiap langkah wudhu dengan jelas . Dalam setiap langkah wudhu' itu kita dianjurkan membaca doa sesuai dengan anggota yang kita cuci seperti berikut ;
1. Ketika berkumur
Berdoalah di dalam hati ;
" Ya Allah amunilah dosa mulut dan lidahku ini . "Kerana hampir setiap hari kita bercakap tentang perkara - perkara yang tak berfaedah.
2. Ketika membasuh muka
berdoalah di dalam hati ;
" Ya Allah, putihkanlah mukaku di akhirat kelak, Janganlah Kau hitamkan muka ku ini . "Supaya kita menjadi ahli syurga kerana muka ahli syurga putih berseri-seri .
3. Ketika membasuh tangan kanan
Berdoalah di dalam hati ;
" Ya Allah, Kau berikan hisab-hisab ku di tangan kanan ku ini . "Kerana ahli syurga diberikan hisab-hisabnya di tangan kanan.
4. Ketika membasuh tangan kiri
Berdoalah di dalam hati ;
" Ya Allah, janganlah Kau berikan hisab-hisab ku ditangan kiriku ini . "Kerana ahli neraka diberikan hisab-hisabnya di tangan kiri.
5. Ketika membasuh kepala
Berdoalah di dalam hati ;
" Ya Allah, lindungilah daku dari terik matahari di padang Masyar dengan ArasyMu . "Kerana panas di Padang Masyar seperti matahari berada sejengkal di atas kepala kita .
6. Ketika membasuh telinga
Berdoalah di dalam hati ;
" Ya Allah, ampunilah dosa telinga ku ini . "Kerana setiap hari kita mendengar orang mengumpat, memfitnah, mendengar lagu-lagu berunsur maksiat.
7. Ketika membasuh kaki kanan
Berdoalah di dalam hati ;
" Ya Allah, permudahkan-lah aku melintasi titian Siratul Mustaqqim " .Kerana ahli Syurga melintasi titian Siratul Mustaqqim dengan begitu pantas sekali.
8. Ketika membasuh kaki kiri
Berdoalah di dalam hati ;
" Ya Allah, bawakanlah dadaku pergi ke mesjid-mesjid, surau-surau dan bukan tempat-tempat maksiat . "Kerana Qada’ dan Qadar kita adalah di tangan Allah semata - mata .
Semoga doa - doa ini dapat kita praktikkan dalam wudhu' harian kita . Tidak rugi sebenarnya . Bayangkan anda berdoa 5 kali sehari . Jika sehingga akhir hayat kita , berapa banyak kita sudah lakukan . Sudah tentu banyak hikmahnya bila kita amalkan . Sesungguhnya Allah Maha mendengar doa - doa kita .
Itulah kan Vee.... mmg tak susah cuma selalu terlupa hihi
ReplyDeleteSubhanallah.. Entry yg berguna dan bermanfaat.. Semoga dapat barkahnya..
ReplyDeleteBlogfying ke sini.. Salam ukhwah..
terima kasih atas perkongsian hebat ini..
ReplyDeleteentry ni mengingatkan sy perkongsian ustazah ms sekolah rendah dulu. dia siap ajar doa dlm bahasa arab lg...
ReplyDeleteGood sharing :-)
ReplyDeleteterima kasih yer untuk ingatan ini :)
ReplyDeleteSemoga ianya menjadi amalan kita semua...
ReplyDeleteT kasih atas peringatan & perkongsian ini. Semoga sentiasa kita jadikan amalan.. in shaa Allah..
ReplyDeletepromo content dipagi hari.. :)
nice sharing CM :)
ReplyDeleteAlhamdulillah ada amalkan ni walaupun tak 100% sama.
ReplyDeleteterima kasih tuk perkongsian ni vee
ReplyDelete