Benarkah Berzikir Jadikan Penyakit Cepat Sembuh ? | Seorang doktor berkata bahawa , percayakah anda kalau pesakit yang banyak berzikir itu cepat sembuh dari penyakitnya ? Pendapat doktor itu bukanlah sekadar cakap kosong .
Ada jawapan yang menyokong pendapat doktor itu . Antaranya , sentuhan hujung lidah pada titik magic yang berhampiran hard palate manusia . Ianya terletak benar-benar dibelakang gigi ' incissor ' manusia .
Apabila berlaku sentuhan , hujung lidah akan stimulates mechanoreceptor yang terletak pada mucosal lining yang melindungi hard palate . Keadaan itu akan lebih mengaktifkan obscure process pada otak untuk memberi kesan positif pada kesihatan kita .
Maka sebab itulah Nabi mengajar kitasebaik-baik ucapan adalah " la ilaha illa Allah , la haula wala quwwatailla billahil aliyyil azhim " dan " Allah " .
Apabila kita ucap , hujung lidah akan mengetuk hard palate kita ini dengah ' harmonic pattern ' . Pattern-pattern tertentu seperti la ilaha illa Allah sebanyak 4 kali dengan jarak yang sama .
Manakala perkataan la haula wala dengan ayat yang pebuh di atas pula secara pattern mengetuk dinding hard palate secara konsisten sebanyak 12 / 13 kali . Maka apabila Nabi berzikir setiap ayat 100 kali maka 1200 kali ke 1300 kali ketukkan healing pattern berlaku pada hard palate .
Semua zikir-zikir yang Nabi anjurkan itu ada kebaikannya . Semua perkataan itu bila disebut akan menyentuh titik sentuhan magic yang dapat segarkan tubuh , kuatkan akal fikiran dan sembuhkan penyakit .
Justru itu , orang yang rajin berzikir , sihat tubuh badannya . Tiada penyakit nyanyuk bagi orang berzikir . Otaknya segar dan hebat . Kelebihan ahli zikir dan ahli abid . Oleh sebab itu , banyakkanlah berzikir sebab bila kita mati nanti akan ucapkan apa yang kita suka ucap di atas dunia ini .
Sebenarnya , bab penyembuhan yang melibatkan zikir ini sangat panjang huraiannya . Ini termasuklah kenapa ulama-ulama walaupun dah hafiz Quran tapi mereka tetap baca dan pegang mushaf al-Quran . Ianya berkaitan 4 sifat penyembuhan setiap pacaindera kesihatan .
0 Response to "Benarkah Berzikir Jadikan Penyakit Cepat Sembuh ?"
Post a Comment
TERIMA KASIH SUDI KOMEN ... INSHAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA ...