Assalamualaikum ...
Ciri Orang Bertaqwa | Bismillah . Allah s.w.t. menjelaskan beberapa ciri orang - orang bertaqwa yang disediakan bagi mereka syurga yang bidangnya seluas langit dan bumi .
Firman Allah yang bermaksud :
" IAITU orang - orang yang mendermakan ( hartanya ) pada masa susah dan senang , orang - orang yang menahan kemarahannya dan orang - orang yang memaafkan kesalahan orang lain . Dan ( ingatlah ) , Allah mengasihi orang - orang yang berbuat perkara - perkara baik . "
( Surah Ali - Imran : 134 )
Ciri Orang Bertaqwa
Ada tiga ciri orang yang bertaqwa yang Allah gariskan sebagaimana yang disebutkan dalam surah di atas . Ciri tersebut adalah :
1- Orang Yang Mendermakan Hartanya
Orang yang mendermakan hartanya sama ada pada masa senang dan susah , sihat dan sakit , sama ada harta itu banyak atau sedikit , dilakukan pada waktu malam ataupun siang , dengan cara terbuka atau tersembunyi .
2- Orang Yang Menahan Marah
Orang yang apabila berasa marah , mereka dapat menahan marahnya dan menyembunyikan kemarahan tersebut sedangkan mereka mampu melepaskan kemarahan tersebut .
Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud :
" Bukannya kekuatan itu dilihat daripada pergaduhan ( gusti ) tetapi kekuatan ialah pada orang yang dapat menahan dirinya ketika marah . "
Cara Menahan Marah
Cara menahan marah adalah dengan berwuduk seperti yang dijelaskan oleh Rasulullah s.a.w. bahawa marah itu datangnya daripada syaitan dan syaitan daripada api dan api dipadam dengan air . Maka apabila seseorang daripada kamu berasa marah hendaklah ia mengambil wuduk .
3- Orang Yang Memaafkan
Orang yang memaafkan akan orang yang melakukan kesalahan terhadap mereka sedangkan mereka mampu untuk membalas dan bertindak atas kesalahan tersebut . Ini adalah suatu yang sukar untuk dilakukan kerana ia memerlukan kawalan terhadap diri , perasaan dan fikiran . Semua itu adalah kerana Allah s.w.t. mengasahi orang yang berbuat perkara - perkara yang baik .
Mencari Syurga
Sebagai Orang Islam , kita seharusnya menghiasi diri kita dengan ciri - ciri orang yang bertqwa iaitu membelanjakan harta dalam susah dan senang , menahan marah dan bersedia memaafkan kesalahan orang lain . Semoga dengan itu kita akan memperoleh syurga yang disediakan untuk hamba - hamba - Nya yang bertaqwa .
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia ( JAKIM )
Tq CM untuk pengisian rohani ini.
ReplyDeleteTerima kasih atas perkongsian.. ^_^
ReplyDeleteMoga kita termasuk di kalangan orang bertaqwa...
ReplyDeleteTQ sharing sis.. moga kita semua tergolong dikalangan itu:)
ReplyDeleteadakah kita menjadi sebahagian drpd golongan ini?
ReplyDeleteMenahan marah...kadang2 tu, memang susah nak buat, apa lagi kalau betul2 tgh marah. Tapi, benda yg susah nak buat tu, mesti banyak ganjarannya.
ReplyDelete