Ganjaran Atas Setiap Amalan


Assalamualaikum ...

Ganjaran Atas Setiap Amalan | Bismillah . Setiap orang Islam yang melakukan kebajikan dan amalan soleh ( termasuk juga golongan ahli kitab yang telah beriman dan taat kepada syariat Allah s.w.t. ) akan diberi ganjaran pahala oleh Allah s.w.t. .  Amalan ketaatan tersebut tidak menjadi sia - sia atau disekat daripada mendapat pahala walaupun amalan kebajikan tersebut terlalu kecil di sisi manusia sebesar zarah sekalipun , kerana sifat Allah s.w.t. yang Maha Adil dan Maha Mengetahui tentang hambanya yang soleh dan bertaqwa .

Firman Allah yang bermaksud :

" Dan apa saja kebaikan yang mereka kerjakan , maka mereka tidak sekali - kali akan diingkari ( atau disekat daripada mendapat pahalanya ) . Dan ingatlah , Allah s.w.t. sentiasa mengetahui akan keadaan orang - orang bertaqwa . "
( Surah Ali - Imran : 115 )



Ganjaran Atas Setiap Amalan


Ganjaran Atas Setiap Amalan


Tidak ada suatu amalan yang dilakukan oleh seseorang tersembunyi daripada pengetahuan - Nya dan Allah s.w.t. tidak mengabaikan ganjaran bagi sesuatu amalan kebajikan yang dilakukan oleh para hambanya yang soleh .

Untuk itu , sebagai umat Islam kita patut sentiasa berusaha untuk menambahkan amalan kebajikan sebagai bekalan untuk menuju akhirat kerana amalan kebajikan dan kebaikan sahaja yang akan menjadi pengukur kepada kita semasa berada di akhirat . Pada masa itu , harta dan anak pinak tidak lagi berguna melainkan hati yang bersih dengan amalan soleh sahaja yang menjadi penyelamat . 

Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud ;

" Hari yang padanya yang harta benda dan anak pinak tidak dapat memberikan pertolongan sesuatu kecuali orang - orang yang datang menghadap Allah s.w.t. dengan hati selamat sejahtera ( daripada syirik ) . "

Tambah Amalan Kebajikan


Umat Islam perlu sentiasa berusaha untuk menambahkan amalan kebajikan semasa diberi peluang hidup di dunia kerana amalan kebajikan sahaja yang akan dinilai dan menjadi penyelamat untuk kita dan amalan tersebut akan diberi pahala oleh Allah s.w.t. kerana Allah s.w.t. Maha Mengetahui tentang hamba - Nya yang soleh dan bertaqwa .

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia ( JAKIM )



8 Responses to "Ganjaran Atas Setiap Amalan"

  1. Semoga kita ikhlas melakukan amalan semata2 kerana Allah :)

    ReplyDelete
  2. perkongsian yg cukup bermakna

    ReplyDelete
  3. Kadang2 ada yg terlalu tertumpu kepada dunia hingga terlupa amalan yg bakal dibawa ke akhirat...

    ReplyDelete
  4. Buat baik dibalas baik. Sesungguhnya Allah maha mengetahui

    ReplyDelete
  5. Setuju! Peringatan utk diri sendiri jugak. Sentiasa mrmperbaiki diri dari hari ke hari. Insyaallah.

    ReplyDelete
  6. Mudah2an segala amalan kebaikan yg kita semua lakukan beroleh ganjaran yg sebaiknya si sisiNya.. aamiin.

    ReplyDelete
  7. setiap amalan pasti mendapat balasan,baik ataupun buruk.Kita perlu memperbanyak amalan shaleh utk bekal di akhirat nanti :)

    ReplyDelete

TERIMA KASIH SUDI KOMEN ... INSHAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA ...