Semak Keputusan SPM 2015 Melalui SMS | Kementerian Pelajaran Malaysia ( KPM ) telah mengumumkan bahawa keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia SPM untuk tahun 2015 akan diumumkan pada hari Khamis , 3 mac 2016 jam 10 pagi di sekolah masing-masing .
Untuk calon persendirian pula , mereka akan dimaklumkan mengenai keputusan SPM 2015 melalui pos atau mereka juga boleh menghubungi Jabatan Pendidikan Negeri tempat mereka mendaftar .
Semak Keputusan SPM 2015 Melalui SMS
Untuk memudahkan para pelajar yang tidak dapat hadir segera pada hari tersebut , Kementerian Pelajaran Malaysia akan mengaktifkan semakan keputusan melalui SMS .
Cara Membuat Semakan Keputusan SPM 2015 Melalui SMS
Cara membuat semakan keputusan SPM 2015 melalu SMS , pelajar perlulah menggunakan my SMS dengan menaip [ SPM <jarak> nombor kad pengenalan <jarak> angka giliran ] dan hantar ke 15888 bermula pada pukul 10 pagi 3 Mac 2015 hingga 11.59 malam 9 Mac 2015 .
Pengguna akan dicaj 15 sen untuk setiap penghantaran dan 20 sen untuk penerimaan SMS.
Pengguna akan dicaj 15 sen untuk setiap penghantaran dan 20 sen untuk penerimaan SMS.
Pakaian
Para pelajar dibenarkan memakai pakaian biasa asalkan sopan . Ini bermakna , para pelajar SPM 2015 tidak perlu memakai pakaian uniform sekolah ketika hadir untuk mengambil keputusan SPM 2015 pada hari Khamis 3 Mac 2016 nanti .
Semoga para pelajar SPM akan mendapat kejayaan sebagaimana yang diidamkan serta diharapkan oleh ibu bapa juga ahli keluarga mereka .
Mudah kan sis? Smua di hujung jari..
ReplyDeletemesti berdebor jer nk check result tu kann hihihi
ReplyDeleteall the best utk semua calon2 spm
ReplyDeleteMudah kan.. sms je takyah nak sesak kat sekolah :))
ReplyDeleteSekarang nie mudah belaka yer CM ^-^
ReplyDeletewah sekarang boleh cek guna sms kan... mudah sangat ..
ReplyDeleteterimalah keputusan apa adanya...semoga selepas ini akan lebih berjaya...^_^
ReplyDeleteZaman sekarang semakin mudah, semua d hujung jari :-)
ReplyDeleteTahniah kepada adik2 yang berjaya..
ReplyDeleteMudah sekarang ni, boleh check online
ReplyDelete