Hikmah Disebalik Air Wuduk


Assalamualaikum ...

Hikmah Disebalik Air Wuduk | Bismillah . Sudah tentu malah pasti bagi setiap perkara yang Allah wajibkan pada kita untuk melakukannya akan tersirat pelbagai hikmah . Maka rugilah kepada sesiapa yang tidak mahu melakukan / menunaikannya . Mengambil air sembahyang atau wuduk , walaupun pada dasarnya sekadar mencuci beberapa bahagian pada tubuh badan sebelum menunaikan solat , sebenarnya mengandungi pelbagai hikmah tersembunyi . Hari ini saya akan berkongsi hikmah disebalik air wuduk .


Hikmah Disebalik Air Wuduk

Hikmah Disebalik Air Wuduk


Wuduk dari segi bahasa bermaksud mengambil air sembahyang menggunakan air untuk kegunaan pada anggota-anggota tertentu . Dari segi syarak , wuduk bermaksud membasuh beberapa anggota badan yang tertentu dengan menggunakan air yang dimulai dengan niat .

Dari Abu Hurairah r.a. bahawasanya Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud :

" Apabila seseorang hamba muslim dan mukmin mengambil wuduk , maka basuhkan mukanya . Lalu keluarlah dari mukanya itu semua kesalahan yang dilihat melalui dua matanya . 

Apabila dia membasuh tangannya , maka keluarlah semua kesalahan yang dilakukan oleh kedua-dua tangannya bersama air atau titisan air yang terakhir dari wuduknya .

Apabila dia membasuh kedua-dua kakinya , maka keluarlah semua kesalahan yang dilakukan oleh kedua-dua kakinya itu bersama air atau titisan air yang terkahir dari wuduknya sehingga dia bersih dari segala-gala dosanya . "

( Hadis Riwayat Muslim )



0 Response to "Hikmah Disebalik Air Wuduk"

Post a Comment

TERIMA KASIH SUDI KOMEN ... INSHAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA ...