Gunung Berapi Dalam Lautan | Gunung berapi merupakan satu fenomena yang biasa terjadi atau ditemui di atas daratan oleh kita. Namun gunung berapi dibawah lautan tidak diketahui oleh manusia. Sedangkan gunung berapi kebanyakannya yang berlaku adalah gunung berapi bawah lautan .
Bagaimana Gunung Berapi Ini Terhasil ?
Tentu ramai yang hendak mengetahui bagaimana gunung berapi ini terhasil secara semulajadi .
Terdapat dua kaedah di mana gunung berapi bawah lautan boleh berlaku .
- apabila plat bumi terpisah melalui perolakan dan lava gunung berapi daripada bawah memenuhi rekhan tersebut .
- lava daripada bawah akan menolak ke atas dan memisahkan plat bumi . Lava yang dihasilkan berbentuk basalt ( sejenis batu dari gunung berapi ) .
Menurut kajian ahli sains , apabila berlaku letusan gunung berapi bawah lautan , terdapat awan - awan yang berarak naik dan berubah menjadi kuning .
Gunung Berapi Bawah Lautan Menurut al - Quran
Allah S.W.T. berfirman dalam surah at - Tur ayat 6 yang bermaksud :
" Dan laut yang di dalam tanahnya ada api ... "
Menurut al - Quran , tanah di dalam lautan mengandungi api . Kajian - kajian yang dilakukan oleh ahli sains terhadap alam menunjukkan bahawa apa yang dinyatakan oleh al - Quran adalah benar .
Info the bestie
ReplyDeletetiada yang mustahil.. subhanaalah...
ReplyDelete