Kaedah Selamatkan Alam Sekitar | Ketika sumber asli semakin berkurangan , keperluan tenaga oleh manusia pula semakin meningkat . Lantas apakah maknanya ini kepada kita ?
Bagi kebanyakan daripada aktiviti harian kita seprti membuka lampu , penghawa dingin dan sebagainya , kita menghasilkan pencemaran dalam masa yang sama mengurangkan bekalan sumber tenaga asli .
Tidak kira dibahagian dunia mana kita diami , kesan tindakan itu akan berbalik semula dalam bentuk bencana alam seperti pemanasan global , peningkatan paras laut , tanah runtuh , banjir dan sebagainya .
Namun , itu tidak bermakna kita tidak boleh melakukan sesuatu mengenainya dan sama ada secara individu atau berkumpulan , kita mampu menyelamatkan bumi ini .
Justeru , ambil tindakan berikut bermula hari ini dan anda mungkin boleh menyelamatkan bumi pada masa depan .
- padamkan lampu apabila anda tidak menggunakannya dan bergantunglah kepada cahaya matahari selagi ia mampu menerangi .
- Jangan biarkan peralatan elektronik anda dalam keadaan bersedia kerana ia menggunakan 70 peratus tenaga dalam satu - satu masa .
- Tutup penghawa dingin dan peti ais ketika tidak digunakan . Penghasilan ais memerlukan lebih 20 peratus lagi tenaga tambahan dalam satu-satu masa .
- Tutup paip air ketika anda sedang memberus gigi atau syampu .
- Siram tumbuh-tumbuhan anda pada sebelah pagi atau malam kerana ia turut menyiram bumi .
- Tutup periuk ketika memasak air kerana air akan cepat masak dan menjimatkan 20 peratus gas .
- Gunakan ketuhar gelombang mikro kerana ia mampu mengurangkan 70 peratus penggunaan bahan api .
InshaAllah, sikit demi sedikit dapat membantu kan, kalau naik basikal lagi la bagus, sekaligus bersenam.
ReplyDelete