Nyamuk Aedes Pembawa Virus Zika | Hari ini , Pertubuhan Kesihatan Sedunia ( WHO ) telah mengisytiharkan darurat peringkat antarabangsa terhadap penularan virus Zika yang mengakibatkan kecacatan serius terhadap bayi dalam kandungan terutama di Colombia dan Brazil . Kini , virus Zika telah sampai ke Thailand walaupun lelaki berkenaan tidak pernah ke luar negara .
Virus Zika
Virus Zika merupakan virus yang dibawa oleh nyamuk Aedes Aegypti yang juga pembawa kepada demam denggi dan Cikungunya . Virus Zika jika menjangkiti ibu yang sedang mengandung akan menyebabkan Mikrosefali iaitu keadaan di mana bayi yang dilahirkan mempunyai otak yang lebih kecil .
Simptom
Jika seseorang itu mandapati dirinya memiliki tanda-tanda berikut , maka anda perlu segera berjumpa doktor
- demam
- seluruh badan ada ruam
- mata merah
- sakit kepala
- sakit sendi
Info Virus Zika
Berikut adalah makluat ringkas tentang Virus Zika :-
- Mula menular di negara Afrika dan Asia sejak tahun 2007
- Virus disebarkan oleh Nyamuk Aedes dan bergantung kepada spesis.
- Aedes jenis aegypti, paling banyak menyebarkan Zika. Aedes jenis ini ditemui di Florida, Gulf Coast dan Hawaii.
- Antara simptom dijangkiti adalah pening, ruam, demam dan sakit belakang
- Dikesan menular di daerah Camacari Brazil pada April 2015
- Nyamuk aedes biasanya menggigit pada awal pagi dan senja. Ia membiak dalam takungan air jernih dan memerlukan masa seminggu untuk menjadi nyamuk dewasa.
Virus Zika teah dikesan buat pertama kalinya di Afrika pada tahun 1947 tetapi dianggp sebagai penyakit ringan . Di Thailand , demam disebabkan virus Zika sudah dikesan pada tahun 2012 lagi tetapi dianggap sebagai demam biasa kerana tiada kes berulangan dari pesakit .
Mengapa kalau virus jahat diberi nama wanita? Mengapa namanya Zika bukan Aduka, bukan Asoka? Seperti juga ribut tropika semuanya nama wanita....
ReplyDelete