Tips Mudah Jaga Laptop


Tips Mudah Jaga Laptop | Hari - hari guna laptop . Satu hari kalau tak buka , rasa macam pelik jer . Jadi , kita perlulah jaga kalau nak hayatnya lama . 


Tips Mudah Jaga Laptop


Banyak cara sebenarnya nak jaga laptop ni . Cara paling mudah jaga laptop adalah seperti berikut ;

1. BATERI


  • Komputer akan jadi lebih sejuk tanpa haba dari bateri .   Jika bateri sudah dicas , koma digalakkan menggunakan kuasa dari adapter .
  • Kalau nak guna juga , pastikan bateri berada di bawah 10 % sebelum dicas semula sebab bateri ada kesan memorinya . Jika terlalu kerap dicas , bateri akan kehilangan keupayaan menyimpan tenaga di bawah 50 % .

2. PAPAN KEKUNCI ( KEYBOARD )


  • Untuk elakkan dari dihinggapi habuk , lapikkan dengan kertas A4 untuk papan kekunci setiap kali tidak menggunakannya .
  • Sesekali lap dengan perlahan . Jika buat dengan kasar boleh merosakkan butang kekunci .
  • Jika berada di pejabat atau rumah , pastikan koma ada papan kekunci dan tetikus yang lain .

3. SKRIN LCD


  • Lapkan selalu kerana ia mudah dimasuki habuk . 
  • Gunakan screen saver , pastu power management anda setkan pada  " Turn off monitor in xx minutes " . Ini akan memanjangkan hayat monitor komputer riba koma .
  • Elakkan menyentuh skrin LCD semasa hendak menunjukkan sesuatu . Di tangan kita sebenarnya ada kesan minyak yang tertinggal dan cap jari akan kelihatan pada permukaan skrin . So , nampak kotor dan susah dibersihkan . 
  • Jangan sesekali meletakkan jari anda di skrin LCD sebab ia boleh akibatkan Dead pixel .
  • Jika tak mahu guna komputer untuk sementara , eloklah tutup skrin dengan menekan butang  pada skrin LCD koma sebab dapat elakkan kesan bebayang ( shadowing effect ) pada skrin .


4. HABA PANAS


  • Pastikan ada ruang udara agar haba panas boleh keluar dari komputer riba ketika anda sedang menggunakan komputer .
  • Komputer riba mempunyai ruang simpanan yang kecil .


5. SURGE PROTECTOR


  • Berfungsi menjaga perisian dan perkakasan dalam dari rosak . Jenama APC disyorkan sebab ia mempunyai bateri simpanan , line protection , ( tiada bekalan elektrik tetapi masih boleh dihidupkan lagi ) dan mempunyai amaran kehabisan bateri .
  • Penggunaan Surge Protector ini paling efektif bagi HDD dan POWER SUPPLY .

6. PORT


Perlu kerap dibersihkan kerana ia mudah dimasuki habuk . Ia boleh memberi kesan bila pasang kabel kerana ia akan menolak habuk masuk ke dalam . Lebih mudah gunakan berus gigi lama .

2 Responses to "Tips Mudah Jaga Laptop"

  1. Salam ukhwah, singgah di hari cuti raya cina. Lama tak berbw walaupun selalu buka laptop huhu. Semoga ceria selalu ye... :)

    ReplyDelete

TERIMA KASIH SUDI KOMEN ... INSHAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA ...