Konsep Ekologi Industri Dan Kepentingannya


Konsep Ekologi Industri Dan Kepentingannya | Biasanya ekosistem alam semulajadi berlaku dalam keadaan seimbang apabila hasil daripada proses kitaran yang berlaku akan kembali kepada asalnya . Contohnya , apabila seekor haiwan mati didalam hutan terdapat haiwan lain atu organisma lain yang membantu dalam proses pereputan sehingga ekosistem menjadi seimbang semula .

Bagaimanapun , itu tidak berlaku dalam persekitaran industri kerana semuanya berlaku dalam keadaan sehala . Segala sisa yang dihasilkan oleh industri seperti bahan kimia , akan terus berada dalam ekosistem dan tiada langkah-langkah tertentu diambil bagi memastikan ekosistem menjadi seimbang semula . 


Konsep Ekologi Industri Dan Kepentingannya

Konsep Ekologi Industri Dan Kepentingannya


Masalah alam sekitar yang dicipta oleh sektor industri disebabkan oleh proses penghasilan sehala bermula dengan pengekstrakan bahan mentah , tenaga , fosil , pemprosesan bahan dan tenaga lalu mengalir keluar ke sistem semula jadi lantas berlaku pencemaran . 

Justeru itu satu konsep ekologi industri telah diperkenalkan sebagai rangka kerja ke arah industri mampan .  Matlamat ekologi industri adalah untuk menjadikan ekosistem di dalam sesuatu kawasan industri seakan - akan satu sistem semulajadi . 

Setiap organisma mempunyai tanggungjawab masing-masing dalam alam sekitar . Contohnya , jika tiada oranisma pereputan , sudah tentu dunia dipenuhi dengan organisma mati dan menjijikkan . 

Kolundborg Denmark


Konsep ekologi industri telah mula diperkenalkan di Eropah sejak tahuan 1960-an lagi tetapi hanya berjaya dilaksanakan sepenuhnya 20 tahun kemudian . 

Kawsan yang mula menggunakan konsep ekologi industri adalah kawasan perindustrian Kalundborg di Denmark . Hanya bermula dengan bilangan kilang yang sedikit , kini Kalundborg telah berjaya menggunakan hampir 100 peratus sisa industri bagi kegunaan dalam kawasan berkenaan . 

Biasanya , kawasan industri akan menghasilkan sisa sama ada pepejal , gas atau cecair dan semua ini digunakan kembali dalam kawasan perindustrian Kalundborg sebagai bahan mentah industri lain . ini membolehkan sisa bahan industri berada dalam satu kitaran seolah-olah sama dengan alam semulajadi . 


Konsep Ekologi Industri Dan Kepentingannya

Konsep Simbiosis


Kalundborg yang menggunakan konsep simbiosis bermula dengan mengitar semula bekalan penggunaan air , telah berjaya mengurangkan penggunaan air bawah tanah sehingga 90 peratus . 

Simbiosis bermakna , wujudya keuntungan , antara organisma yang mana setiap satu memberikan faedah kepada yang lain . 

Industri simbiosis di Kalundborg didirikan sebagai satu rangkaian kerjasama antara enam industri pemprosesan , sebuah industri menguruskan bahan buangan di bawah satu majlis perbandaran . di sini , hasil sisa sesebuah industri menjadi bahan utama industri lain dan ini secara langsung akan mengurangkan kesan pencemaran kepada alam sekitar .

Kini , banyak negara di dunia mengguna pakai konsep ekologi industri untuk memastikan hasil aktiviti industri tidak mencemarkan alam sekitar antaranya kawasan perindustrian Tuas / Jurong di Singapura yang telah menggunakan konsep ekologi industri menerusi kajian yang dijalankan di Universiti Nanyang dengan kerjasama industri dan institut pengajian tinggi Eropah .


Kelebihan Taman Perindutrian Ekologi


1- Kitar semula sisa bahan di mana sisa bahan sebuah industri menjadi sumber utama bagi industri lain .

2- Mengurangkan penggunaan sumber semulajadi seperti air , arang batu , minyak , gipsum dan baja .

3- Mengurangkan pencemaran udara seperti mengurangkan pembebasan gas CO2 dan SO2 .

4- Meningkatkan penggunaan punca tenaga seperti sisa gas digunakan dalam penghasilan tenaga .

5- Meminimumkan sisa bahan untuk dirawat dan dibuang didalam sesebuah zon perindustrian .

6- Mengurangkan kos operasi .




1 Response to "Konsep Ekologi Industri Dan Kepentingannya"

TERIMA KASIH SUDI KOMEN ... INSHAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA ...