7 Tips Memandu Waktu Malam | Esok malam , pasti ramai antara anda akan memulakan perjalanan sama ada pulang ke kampung halaman ataupun pergi bercuti sempena perayaan Tahun Baru Cina yang akan berlangsung beberapa hari lagi .
7 Tips Memandu Di Waktu Malam
Adalah menjadi perkara biasa bagi segolongan dari kita yang suka pulang ke kampung halaman pada waktu malam untuk mengelakkan kesesakan jalan raya selain mengelakkan panas terik matahari . Pun begitu , kesesakan di lebuhraya tetap juga berlaku disebabkan ramai yang lebih suka balik di waktu malam disebabkan letih bekerja di waktu siang .
Sebenarnya , memandu di waktu malam lebih merbahaya berbanding di waktu siang . Ini kerana pandangan mata yang tidak berapa luas , jauh dan terang , selain keletihan kerana memandu jauh . Oleh itu , ada 7 tips memandu di waktu malam yang anda boleh jadikan panduan supaya selamat sampai ke destinasi .
1. Sentiasa Peka
Periksa dengan teliti pergerakan kenderaan lain ketika anda melalui simpang atau berhenti, walaupun anda sudah berada di laluan betul. Ambil sedikit masa melihat pergerakan kenderaan lain apabila lampu merah bertukar hijau, berikan lebih ruang kepada kenderaan lain. Ingat bahawa kenderaan mungkin kelihatan lebih jauh pada waktu malam berbanding jarak sebenarnya.
2. Jangan Mengantuk
Memandu dalam mengantuk bahayanya seperti memandu ketika mabuk. Ketidakupayaan kognitif selepas 18 jam berjaga sama dengan seseorang yang darahnya mempunyai kandungan alkohol (BAC) sebanyak 0.05%. Selepas 24 jam berjaga, ketidakupayaan sama seperti BAC 0.10%, lebih tinggi berbanding had dibenarkan oleh undang-undang.
Jika anda mula berasa penat, berhenti dan kemudian cari stesen minyak atau pusat rawat dan rehat di sepanjang lebuh raya. Berjalan, ambil udara segar atau tidur seketika. Tidur selama 20 hingga 30 minit boleh mengurangkan rasa penat. Anda juga boleh dapatkan secawan kopi bersama sandwic .
3. Lampu Dalaman Kenderaan
Memandu dalam keadaan lampu pada panel papan pemuka kereta menyala dengan terang boleh mengurangkan keupayaan mata apabila melihat ke arah jalan yang gelap di hadapan. Pastikan lampu papan pemuka dimalapkan dan padam lampu-lampu kecil ketika memandu.
4. Bersihkan Cermin Anda
Jalur-jalur pada cermin utama, tingkap dan cermin boleh mengakibatkan cahaya silau. Pastikan anda membersihkan cermin dengan kerap dan simpan sehelai kain lembut di poket pintu untuk digunakan .
5. Jangan Ikut Cahaya Lampu
Memandang tepat ke arah lampu kenderaan bertentangan akan menjejaskan pandangan anda pada waktu malam, biarpun selepas kereta itu sudah jauh pergi. Cuba gunakan garis di sebelah kiri bahu jalan sebagai penanda untuk membantu anda berada di laluan yang betul ketika bertembung dengan kenderaan dari arah bertentangan.
6. Gunakan Lampu Tinggi Dengan Bijak
Jangan jadi pemandu yang membuatkan pemandu dari arah bertentangan silau kerana lampu tinggi yang anda pasang. Matikan lampu tinggi apabila ada kenderaan semakin hampir bagi membolehkan pemandu mempunyai pandangan lebih jelas.
7. Dengar Radio / Makan Kacang
Memandu seorang diri pada waktu malam boleh membuatkan anda rasa sunyi. Anda boleh sahaja mendengar radio . Seeloknya ambil siaran radio yang ada DJ berceloteh . Selain itu , anda boleh juga mendengar lgu kegemaran anda juga bacaan zikir atau ayat-ayat Rukyah . Makan kekacang juga boleh elakkan anda dari mengantuk .
Jangan mengantuk tu la susah tu, kena betganti driver ke kan..
ReplyDelete