Cara BerIstinjak Yang Betul


Assalamualaikum ...

Cara BerIstinjak Yang Betul | Bismillah . Istinjak ialah perlakuan menghilangkan najis yang terdapat pada kemaluan selepas membuang air kecil atau air besar .

Hukum beristinjak adalah wajib sama ada dengan air atau dengan batu tetapi menggunakan kedua-duanya sekali adalah lebih afdal ( baik ) .


Cara BerIstinjak Yang Betul

Beristinjak Menggunakan Batu


Beristinjak menggunakan batu atau alat-alat lain yang keras seperti kulit kayu dan sebagainya begitu jarang diamalkan kerana adanya kemudahan air yang meluas di Malaysia .

Walau bagaimanapun , kadangkala ada juga yang terpaksa menggunakan batu jika berlaku kemarau atau air sukar diperolehi .

Syarat - syarat Beristinjak Menggunakan Batu


1- Najis itu tidak beralih dari tempat asal
2- Najis masih belum kering
3- Tidak ada benda-benda asing yang melekat di kemaluan


Cara menggunakan Batu


Cara beristinjak dengan batu hendaklah ( wajib ) dengan cara tiga kali sapu walaupun dengan menggunakan batu yang sama tetapi menggunakan tiga penjuru berbeza . Sekiranya masih belum bersih , wajiblah diulang sehingga benar-benar bersih .

Perkara Sunat Beristinjak dengan Batu


1- Disunatkan beristinjak dengan batu ganjil sama ada tiga , lima , tujuh kali dan seterusnya .
2- Disunatkan menggunakan tangan kiri .

Beristinjak Dengan Air


Cara beristinjak menggunakan air samalah juga dengan menggunakan batu tadi iaitu dibersihkan sehingga hilang bau , rasa , zat dan warnanya .

Dalam hal ini , memang menjadi masalah untuk mengetahuinya . Oleh itu , untuk memastikannya adalah dengan tangan anda . Apabila dirasai kesat bermakna dubur ( kemaluan belakang ) itu bersih .

Sebaik-baik sahaja selesai beristinjak , maka disunatkan membaca :

Cara BerIstinjak Yang Betul

" Ya Allah , bersihkan hatiku daripada sifat munafik dan peliharalah kemaluanku 
daripada kejelekan ( kekotoran ) . "

Adab Beristinjak


Semasa melakukan istinjak , kita dilarang menggunakan tangan kanan .

Dikatakan orang kepada Salman yang bermaksud :
" Nabimu telah mengajar kamu segala sesuatu sampai soal kekotoran . "
Ujar Salman :
" Memang kami dilarang menghadap kiblat ketika membuang air besar atau air kecil atau bersuci dengan tangan kanan atau bersuci dengan batu yang banyaknya tidak cukup tiga buah atau bersuci dengan najis atau tulang . "
( Riwaya Muslim )

Apabila selesai melakukan istinjak , dan ketika keluar dari tandas , dahulukan kaki kanan untuk bergerak keluar dan memuji Allah yang telah menghilangkan penyakit .

Dalam Riwayat Ibn Majah , daripada Abu Zar bahawasanya Nabi s.a.w. apabila sudah keluar dari tandas baginda membaca :


Cara BerIstinjak Yang Betul




0 Response to "Cara BerIstinjak Yang Betul"

Post a Comment

TERIMA KASIH SUDI KOMEN ... INSHAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA ...