Assalamualaikum ...
Aurat Terbuka Ketika Solat | Dengan lafaz Bismillah . Menutup aurat adalah syarat sah solat . Aurat perlu ditutup dari mula - mula mengucapkan dan mengangkat takbiratulihram hingga selesai solat . Jika aurat terbuka dengan sengaja dalam solat , maka solat batal dan wajib diulang semula .
Aurat Terbuka Ketika Solat
Berikut adalah hukum Aurat Terbuka Ketika Solat untuk kaum wanita mengikut situasi anda ketika solat dan bagaimana cara untuk mengatasinya .
Tidak Sengaja
Sekiranya tidak disengajakan aurat terbuka ketika solat seperti ditiup angin , terjatuh atau terselak , maka hendaklah segera ditutup aurat itu walaupun aurat itu terbuka dengan banyaknya ketika solat .
Batal Solat
Kalau tidak ditutup aurat terbuka ketika solat dengan kadar segera dengan membiarkan sahaja auratnya terbuka , maka solatnya tetap batal .
Ulang Semula
Jika dia mengetahui auratnya terbuka selepas selesai mengerjakan solat atau setelah diberitahu oleh seseorang , maka wajib diulang kembali solat tersebut kerana masa aurat terbuka ketika solat itu adalah panjang mengikut kebiasaannya .
Semoga penjelasan ini dapat membantu pembaca memahami ketika bila solat kita terbatal dan perlu diulang semula.
0 Response to "Aurat Terbuka Ketika Solat"
Post a Comment
TERIMA KASIH SUDI KOMEN ... INSHAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA ...