Khasiat Minum Barli Di Musim Panas | Musim panas sudah bermula . Sebagaimana yang ramalkan oleh pengkaji cuaca , rantau kita akan mengalami fenomena El Nino . Oleh sebab itu kita perlu bersedia melaluinya . Jika perlu , elakkan dari berada di luar terlalu kerap kerana ia boleh mengundang penyakit . Pun begitu , ada beberapa jenis makanan yang boleh membantu anda menyejukkan badan dan sangat sesuai dimakan serta diamalkan pemakanannya ketika ini . Di sini saya hanya akan memberi fokus kepada kebaikan minum barli di musim panas .
Khasiat Bali
Tahukah anda bahawa bijirin barli merupakan serat terbaik pemakanan yang mengandungi karbohidrat kompleks , protein , dan vitamin serta galian ? Malah bali juga memiliki serat yang mudah larut dan tidak mudah larut . Kajian klinikal di Australia , Kanada dan Amerika Syarikat melaporkan bahawa serat daripada barli efektif dalam merendahkan kolesterol dalam darah . Serat tidak mudah larut dalam barli adalah penting bagi memastikan usus dapat berfungsi dengan sihat .
Kandungan antioksida dalam barli dapat membantu meneutralkan radikal bebas malah boleh mengurangkan risiko penyakit barah juga jantung . Galian dalam bali pula yang dikenali sebagai Kromium dapat merangsang penyejatan glukosa dalam darah . Sekiranya terdapat luka atau luka akibat kebakaran , anda boleh gunakan tampalan bijirin barli untuk mengehntikan pendarahan . Bagi anda yang bercita - cita mahu menurunkan berat badan , memakan barli dapat menyekat nafsu makan anda .
Bali Menyejukkan Badan
Di musim panas , barli efektif untuk menurunkan suhu badan yang panas malah juga demam panas . Anda boleh merebus barli untuk dijadikan sebagai minuman yang juga bertindak sebagai penghadam dan pelega . Jika anda suka , anda boleh campurkan juga dengan bahan sampingan seperti gula batu ataupun juga madu . Untuk bubur barli pula , santan adalah campuran yang paling enak .
Rasanya ramai antara anda yang sukakan barli . Rasulullah juga minum air barli . Malah barli juga mudah didapati dengan harga mampu beli .
Banyak khasiat meminum barli ni. .
ReplyDelete