Doa Tak Putus Tapi ...


Assalamualaikum ...

Doa Tak Putus Tapi ... | Bismillah . Sebenarnya banyak berlaku pada kita sebagai muslim . Kita melakukan solat penuh , juga buat segala yang diwajibkan dalam Islam dan meninggalkan larangannya . Tetapi kehidupan masih dirasakan sukar terutama kewangan yang tidak menentu dan seperti tidak mencukupi walaupun banyak jumlahnya .


Doa Tak Putus Tapi ...


Nabi Muhammad s.a.w. bersabda :
" Seorang lelaki menempuh perjalanan jauh sehingga rambutnya kusut dan badannya berdebu , dia mengangkat kedua tangannya ke langit lalu berdoa : ' Wahai Tuhan ku , wahai Tuhan ku . ' Sedangkan makanannya haram , minumannya haram , pakaiannya daripada yang haram dan rezekinya dari yang haram , maka bagaimanakah Allah akan memperkenankan doanya ? "
( Riwayat Muslim )

Antara penyebab doa tidak dimakbulkan ; 



Hadis di atas telah jelas memberitahu kepada anda penyebab kenapa keadaan anda atau tahap kewangan anda masih sama walaupun anda sentiasa berdoa di setiap solat yang anda lakukan . Untuk lebih jelas lagi , berikut adalah antara penyebab doa anda tidak dimakbulkan .

  • makanan yang diragukan status halalnya .
  • mendapat gaji dari syarikat / majikan yang beroperasi menggunakan sumber modal yang meragukan .
  • bekerja di syarikat menjalankan perniagaan bercampur dengan sumber haram .
  • menggunakan / memakan harta anak yatim .
  • terlibat dengan riba ' 

Beberapa tahun lepas , kecoh di media tentang papero yang mengatakan tiada cop halal kerana ia adalah produk Korea Selatan . Selepas itu , timbul macam - macam penjelasan tentang Papero . Dipermudahkan cerita , jika anda fikir Papero itu tidak halalan toyyiban , maka tak perlu makan sebab banyak lagi coklat yang seumpamanya dihasilkan dengan status HALAL .

" Sesungguhnya yang halal itu jelas dan yang haram pun jelas. Di antara keduanya terdapat perkara yang syubhah (yang masih samar-samar sama ada halal atau haram) yang tidak diketahui oleh kebanyakan orang. Sesiapa yang menghindarkan diri daripada perkara syubhah, maka dia telah menyelamatkan agama dan kehormatannya. Sesiapa yang terjerumus dalam perkara syubhah, maka (dibimbangi) ia akan terjatuh dalam perkara haram."(Shahih Al-Bukhari, no. 52, 2051. Muslim, no. 1599)



Jika anda tahu sesuatu makanan atau hasil gaji anda itu dari sumber yang tidak halal , tetapi anda tetap terima dan makannya , hasilnya , tanpa sedar anda telah menjamah sumber yang haram malah melibatkan ahli keluarga anda juga . Maka , anak - anak yang tak tahu menahu terlibat sama . Maka akan diterimakah doa di setiap hujung solat mereka ? Bagaimana dengan ibadah mereka selama ini ?



Nabi Muhammad s.a.w. bersabda ;


" Setiap jasad yang tumbuh daripada yang haram , api nerakalah yang paling layak baginya . "

( Riwayat Al - Hakim , Sahih )



Maka hendaklah kita menghindari rezeki haram dan segala perkara syubhah . Bersyukurlah kepada Allah . Mengapa kita sendiri menjadi penghalang kepada diperkenankan doa dan mengapa kita tidak mahu menerima nasihat ? 


Tepuk dada , tanya iman ...


1 Response to "Doa Tak Putus Tapi ..."

  1. Terima kasih kerana berkongsi ilmu...semoga kita akan dihindarkan dari sumber yang tidak halal dan syubhah

    ReplyDelete

TERIMA KASIH SUDI KOMEN ... INSHAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA ...