Tulang Kuat Tanpa Susu


Tulang Kuat Tanpa Susu | Hasil kajian yang dijalankan oleh Duke-NUS Graduate Medical School dan the National University of Singapore (NUS) yang dikenali sebagai Singapore Chinese Health Study mendapati bahawa makanan yang berasaskan tumbuh - tumbuhan seperti sayur - sayuran , buah - buahan dan kacang soya dapat mengurangkan risiko keretakan tulang punggung .


alt image tag



Tulang Kuat Tanpa Susu


Hasil kajian di atas juga mendapati , susu bukanlah penyumbang utama kepada kekuatan tulang . Selain kalsium , kajian juga mendapati bahawa magnesium serta vitamin lainnya turut menyumbang ke arah menjadikan tulang anda sihat .

Jenis Makanan 


Hasil Kajian yang dilaporkan dalam jurnal pada 2006 mendapati pengambilan buah - buahan dan sayur - sayuran pada kadar tinggi mempunyai kesan positif ke atas kesihatan tulang pada remaja dan orang tua terutama terhadap tulang belakang dan tulang peha .



Rumpai laut yang kaya dengan magnesium dan pelbagai mineral lain serta pelbagai antioksidan juga dikatakan bermanfaat untuk kesihatan tulang .




Untuk memelihara tulang , bukan sahaja vitamin C , D yang diperlukan , malah lemak yang sihat juga penting . Selain itu sayur - sayuran hijau yang mengandungi vitamin K2 juga perlu . Malah K2 juga terdapat dalam makanan berasaskan haiwan terutama dalam daging dan ayam . Sudah tentu ini berita baik kepada yang tidak gemarkan susu .


0 Response to "Tulang Kuat Tanpa Susu"

Post a Comment

TERIMA KASIH SUDI KOMEN ... INSHAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA ...