Gelatin Yang Meragukan


Gelatin Yang Meragukan  | Gelatin digunakan dengan meluas dalam industri pembuatan . Manusia telah menggunakan gelatin sejak beratus - ratus tahun yang lalu . Kini gelatin telah digunakan secara meluas dalam industri farmaseutikal , kosmetik dan teknikal pula . Maka perlulah bagi kita untuk mengelakkan gelatin yang meragukan .


Gelatin Yang Meragukan


Untuk pengetahuan anda , gelatin adalah sejenis protein asli yang kebiasaannya bersumberkan haiwan . Gelatin dihasilkan daripada kulit , tulang dan tisu - tisu haiwan seperti lembu , kerbau , babi dan ikan . Gelatin selalunya berwarna jernih dan tidak mempunyai bau atau rasa . Tanpa bahan gelatin , sesetengah produk tak dapat dihasilkan .

Gelatin yang dibuat daripada lembu dinamakan " bovine " manakala gelatin daripada babi disebut " porcine " .

Antara makanan yang sering mengandungi gelatin ;

  • konfeksioneri ( coklat , gula - gula )
  • puding , kek dan pai
  • gummi jeli , pastil berperisa
  • yogurt , keju dan butter
  • ais krim
  • pencuci mulut segera
  • gula - gula getah ( chewing gum )
  • produk - produk daging yang diproses

Gelatin yang digunakan di dalam produk - produk di atas adalah sebagai agen pelekat , agen penstabil , agen penebal , agen pembuih atau agen pengikat .

Keraguan Gelatin


Terdapat banyak kes penipuan dalam penggunaan gelatin dalam produk menyebabkan nama gelatin yang dipaparkan menimbulkan keraguan . Ada sesetengah pihak sengaja menggunakan gelatin babi dalam produk mereka dengan tujuan supaya dapat tahan lama dan menyembunyikan / tanpa memasukkannya ke dalam senarai bahan - bahan yang digunakan . Ini adalah kerana gelatin babi mudah didapati malah harganya juga lebih murah .

Antara produk yang terdapat gelatin di dalamnya tanpa kita ketahui ;

  • Kapsul penyalut ubatan
  • Kapsul lembut ( softgel ) seperti kapsul minyak ikan
  • Berbagai - bagai jenis ubat gigi
  • Hampir kesemua kosmetik kecantikan
  • Hampir semua minyak wangi
  • Sabun - sabun mandi dan pelembut fabrik
  • Losyen badan , kaki dan tangan .



Sebagai pengguna Islam , kita mesti prihatin dalam memilih produk yang halal . Kita juga boleh menggunakan gelatin yang dihasilkan daripada tumbuh - tumbuhan . Gelatin ini juga mempunyai fungsi yang sama seperti gelatin daripada haiwan .


1 Response to "Gelatin Yang Meragukan "

  1. sebagai pengguna muslim...saya 100% bergantung kepada pengiktirafan Jakim... klu jakim kata halal, maka ok lah pada saya :-)

    ReplyDelete

TERIMA KASIH SUDI KOMEN ... INSHAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA ...