42 Kelebihan Selawat


ASSALAMUALAIKUM ...

42 Kelebihan Selawat | ‘Selawat’ (صلوات) adalah jamak dari kalimat solat bererti doa atau seruan kepada Allah SWT. Di segi bahasa pula, selawat bermaksud mendoakan atau memohon berkat kepada Allah SWT dan melimpahkan Rahmat-Nya untuk Nabi dengan ucapan, kenyataan dan pengharapan, semoga beliau (Nabi) sentiasa sejahtera (beruntung, tak kurang suatu apapun, keadaannya tetap baik dan sihat).


42 Kelebihan Selawat


Di dalam kitab Al - Safinah Al Qadiriyyah , diriwayatkan daripada Ibn Farhun berkata :

 " Berselawat kepada Nabi Muhammad SAW mempunyai empat puluh dua kelebihan . "


بسم الله الرحمن الرحيم


اللهم صل على محمد وآل محم


42 Kelebihan Selawat



Berselawat kepada Nabi Muhammad SAW juga bermaksud memperbesarkan, mengagungkan, menambahkan kehormatan dan kepujian serta mendukung perjuangannya yang mulia, di samping melahirkan rasa syukur sebagai penyampai utusan-Nya yang menjadi rahmat seluruh alam, malah menambahkan keyakinan beramal dengan sunnahnya yang diredhai Allah.
Nabi Muhammad SAW bersabda;  
Doa seseorang itu akan terawang-awangan dan tidak diangkat ke langit selagi yang berdoa itu tidak berselawat kepadaku.”

42 kelebihan selawat tertulis di dalam kitabnya Hadaiq al - Anwar iaitu :

1. Melaksanakan perintah Allah SWT .

2. Bersama dengan selawat Allah SWT kepada Rasulullah .

3. Bersama dengan selawat para malaikat .

4. Mendapat ganjaran 10 x selawat daripada Allah atas setiap kali selawat yang diucapkan ( selawat daripada Allah bererti rahmat ) .

5. Dikurniakan oleh Allah SWT sepuluh darjat atas tiap - tiap satu selawat .

6. Dituliskan oleh malaikat 10 kebaikan atas setiap selawat .

7. Dihapuskan oleh Allah 10 kejahatan atas setiap selawat .

8. Segala doa akan diperkenankan oleh Allah .

9. Mendapat syafaat daripada Rasulullah SAW .

10. Mendapat keampunan daripada Allah serta akan ditutup segala kebaikan .

11. Allah akan menutupi segala dukacita .

12. Dikurnaikan maqam hampir kepada Rasulullah SAW 

13. Mendapat darjat al - Sidq

14. Ditunaikan segala hajat .

15. Selamat sejahtera pada hari kiamat .

16. Allah SWT dan para malaikat akan berselawat kepada orang yang berselawat .

17. Mendapat khabar gembira daripada Allah SWT dengan balasan syurga .

18. Selamat sejahtera pada huru hara hari kiamat .

19. Rasulullah akan menjawab secara langsung ke atas setiap selawat yang dibacakan .

20. Mudah mengingati semula perkara - perkara yang lupa . 

21. Mendapatkan kedudukan yang baik pada hari kiamat serta tidak akan kecewa pada hari itu .

22. Tidak akan merasai fakir .

23. Terpelihara daripada dihinggapi sifat bakhil .

24. Mendapat kesejahteraan daripada doa Rasulullah SAW kepada yang berselawat .

25. Selawat akan menjemput pengucapnya ke jalan syurga . 

26. Menjauhkan seseorang itu daripada terlibat dalam majlis - majlis yang tidak disebut Allah dan Rasul Nya atau majlis - majlis yang melalaikan .

27. Berselawat menyempurnakan kalam pujian Allah apabila disebut Alhamdulillah Rabbil  'Alamin ( di dalam doa ) , maka akan disambut selepas itu dengan selawat ke atas Nabi Muhammad .

28. Selamat melintasi titian Sirat al - Mustaqim pada hari kiamat .

29. Terpelihara dari sifat kasar dan gelojoh .

30. Di sambut oleh Allah pada hari kiamat dengan kata - kata pujian yang lunak . 

31. Mendapat balasan rahmat yang luas daripada Allah .

32. Mendapat keberkatan daripada Allah .

33. Mendapat kesempurnaan iman .

34. Kasih dan cinta kepada Rasulullah SAW 

35. Mendapat hidayah daripada Allah .

36. Setiap selawat yang dibaca akan dibentangkan dihadapan Rasulullah SAW secara langsung .

37. Teguh pendirian dangan kebenaran .

38. Berselawat bererti kita menunaikan sebahagian daripada hak - hak Rasulullah ke atas diri kita . Ia juga dianggap sebagai mensyukuri nikmat Allah yang mengurniakan dan mengutus Rasulullah kepada kita .

39. Berselawat juga bererti melengkapkan pengertian berdoa dan memohon kepada Allah ke atas Rasulullah  dan kepada diri sendiri .


40. Berselawat juga bererti zikrullah , bersyukur serta mengiktiraf segala nikmat yang dikurniakan oleh Allah SWT .

41. Akan terjelma gambaran Rasulullah SAW di dalam jiwanya .

42. Dikurniakan oleh Allah maqam seorang syeikh dan murabbi .


Setiap umat Islam berkewajipan mengasihi atau mencintai Allah SWT dan Rasulullah SAW. Bukti seseorang itu berbuat demikian ialah dengan mengerjakan segala suruhan Allah dan meninggalkan segala larangan-Nya. Berselawat kepada Nabi Muhammad SAW adalah salah satu bukti kecintaan seseorang itu kepada Allah dan Rasulullah SAW.
Selawat kepada Nabi Muhammad SAW merupakan ibadah yang mulia dan terpuji. la mengandungi berbagai-bagai kelebihan dan keistimewaan bagi mendapatkan pertolongan dan perlindungan dari Nabi Muhammad SAW serta memperolehi ganjaran yang besar dari Allah di hari akhirat kelak.

“Sesiapa yang berselawat kepadaku (Muhammad SAW) satu kali saja, maka aku akan berselawat kepadanya sepuluh kali”




0 Response to "42 Kelebihan Selawat"

Post a Comment

TERIMA KASIH SUDI KOMEN ... INSHAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA ...