Kubur Di Angkasa


Kubur Di Angkasa  | Rupanya bukan Armstrong / Syed Muzaffar saja yang boleh pergi ke angkasa , orang mati pun boleh semadi di sana . Tapi bukan mayatlah . Cuma abu mayat saja dalam bekas bentuk kapsul yang cuma sebesar bekas lipstik seberat 7 gram saja .


Kubur Di Angkasa

Kubur Di Angkasa 


Syarikat Celestic Inc. di Amerika Syarikat menawarkan perkhidmatan  kubur di angkasa dengan cara menerbangkan bekas  abu mayat ke angkasa lepas dan biarkan ia berlegar diorbitnya sepertimana bintang dan planet . Caj yang dikenakan untuk kubur di angkasa hanya USD 5,300 .

Celestic Inc. menggunakan roket yang dilancarkan di Cape Canaveral , Florida untuk melancarkan kubur di angkasa . Ahli keluarga si mati dijemput menghadiri upacara pelancaran tersebut .

Perkhidmatan kubur di angkasa  ni bermula sejak tahun 1997 lagi dan sambutannya amat menggalakkan . Sudah ramai selebriti terkenal disemadikan di angksa antaranya pencipta filem Star Trek  Gene Roddenberry , pakar fizik angkasa Gerrad K O'Neill , pakar sains roket Krafft Ehricke dan juga penulis terkenal Amerika Timothy Leary .


Oleh kerana sambutan kubur di angkasa yang menggalakkan , tidak mustahil pada masa depan mayat pula yang akan di hantar ke angkasa lepas . Maka penuhlah ruang angkasa tu dengan mayat dan kapsul - kapsul abu mayat . Tak mustahil juga satu hari nanti yang jatuh ke bumi bukan lagi tahi bintang , tapi mayat !



~ Sumber Informasi ~


  

5 Responses to "Kubur Di Angkasa "

  1. Baru tahu..mahal harga bayaran tu semata mata abu mayat

    ReplyDelete
  2. aiyakkkkk...ngeri lak bila mayat2 berterbangan di angkasa....huhuh

    ReplyDelete
  3. daaaa bertambah pula batu2 kat angkasa tu dengan benda ni..
    adeh macam2..

    ReplyDelete

TERIMA KASIH SUDI KOMEN ... INSHAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA ...